30 April 2013

Segalanya Tentang Phuket..Makanan Halal..Shopping Heaven dan Indahnya Phuket..

 
Ok..it has been a year since my last visit to Phuket..based on apa yang masih segar di ingatan..nak share about trip Phuket sbb tgk statistik yang masuk blog ni cari entry Phuket.
Ni dr blog
Ni dr Nuffnang
  1. Waktu Phuket adalah lewat sejam dari Malaysia.
  2. Kadar tukaran wang adalah RM to Baht dimana RM1 = 10Baht. Tapi dr segi kadar bayaran mmg takde beza..Contoh: makan nasi paprik kat Malaysia lebih kurang RM4.50 kat Phuket 450Baht. Takde beza dan tak murah juga. Maknanya sama macam makan kat Malaysia.
  3. Masuk Imigresen Thailand..sgt cerewet dan tegas. Tiada bayaran dikenakan.
  4. Nak balik ke Malaysia dari airport Phuket TIADA cas. TIADA tax yang perlu dibayar. (ada yang pm tanya)
  5. Makanan halal (femes question) BANYAK! sebab Phuket didiami penduduk Islam terutama dr Pattani (dorang boleh ckp Melayu loghat Kelate) dan banyak penempatan Islam. Pastikan anda beri salam dan kebanyakan kaum wanita Islam memang pakai tudung.
  6. Kawasan penempatan Islam biasanya ada Masjid. Masjid di Phuket tetap dipanggil MASJID.
  7. Tempat shopping murah adalah Bangla Road. Ni kat Patong.
  8. Tempat menarik banyak..tapi jangan lepas peluang ke Phi Phi Island. Island hooping adalah wajib jika ke Phuket.. Safari night boleh cuba.
  9. Makan seafood pun ok tapi sekitar Patong biasanya tak halal. sy cerewet. klu serve arak sy anggap sebagai tidak halal sbb sy was-was dengan penggunaan alatan memasak mereka.
  10. Khidmat agen di sana ramai. Pilih yang terbaik dan termurah.
  11. Khidmat urut juga banyak..Urut tapak kaki..Urut satu badan.. Pilihlah. Harga berpatutan.
  12. Cuaca Phuket panas dan kalau hujan pun tak berapa sejuk. bahang mmg sgt kuat sbb kita dikelilingi lautan.
More info terjah :
 
NolynQoid 

Diskaun 15% Tudung2u.com ~ Hari Akhir :)

 
*Sticky Post till 30 April 2013* 
~Pls scroll down for new post~

Khas untuk pembaca blog ni..hari ni sy nak share satu offer best bagi peminat tudung online..sebelum cerita panjang lebar..sy postkan dulu antara tudung yang ada jual kat tudung2u.com.my 

Tudung Bawal 5 Tone Rainbow Sulam Batu RM35

Tudung Bawal V-Shape Hot Tribal RM44

Selendang Half Moon Tribal RM28

Tudung Segi Empat Corak Depan Dalam RM22

 Ada macam-macam jenis tudung..peminat selendang..tudung bawal..tudung plain..dan brooch juga dijual..Harga juga murah dan berpatutan..Cara nak dapat diskaun ni mudah :

1. Layari tudung2u.com

2. Bila buat ordering tu masuk kan kod ini
LYN2013
(sah sehingga 30 April 2013)

3. Enjoy 15% diskaun hanya utk pembaca blog ini :)
So..happy shopping..xoxo

NolynQoid

29 April 2013

Trip Yang Terpaksa Kami Batalkan..

 
 
 Kalau bernasib baik kami dah takde kat bumi Malaysia ni...tp sb takde rezeki nak jejak bumi org..so..terpaksalah korbankan dan batalkan trip ni..Sebab..tuntutan tugas di samping keadaan tuan/puan bos yang tidak memahami..lgpun..petugas PRU takleh `terbang' sebelum PRU..tambahan pula juga encik hubby terikat dengan tanggung kerja..mmg tiket ni murah tp terkilan tak dpt juga pegi selepas setahun planning..burn mcm tu je..so..kali ni anniversary takde trip..setahun tu menunggu nak pergi..bangun pagi td mcm longlai mengingatkan kalau tak kami dah tiba di destinasi :(

NolynQoid

25 April 2013

Buatlah Pilihan Bijak

 
 Tahun ni sy kena bertugas di hari mengundi..5 Mei tu..Tadi dah collect T-shirt dan topi..ye..colour agak memuramkan semuram saya 2 3 hari ni..tp malam tadi lepas perbincangan hati ke hati dengan encik Hubby..sy dtg kerja dengan semangat baru..Terima kasih syg! Dan sy takkan biarkan org yang menzalimi sy hidup selesa...ahaha..nmpk mcm dendam kan..tp tidak! Sy mahu perbetulkan keadaan dan memastikan tiada lagi org ditindas dan dizalimi..Syukur pd Iman dan Ihsan yang wujud dlm diri ini...

Erk..berbalik cerita mengundi..buatlah pilihan yang bijak..jangan mengundi berdasarkan parti tapi berdasarkan calon yang anda yakin dan pasti akan membawa kebaikan kepada anda..Encik Hubby dah buat pilihan dan harap pangkah nanti betul lah ye..Undi Rahsia? Tiada rahsia antara kami ;p

NolynQoid

24 April 2013

Wordless Wednesday #50 ~ Berkorban Apa Saja

 
 Owh Air Asia..pls dont do this to us :(

Berkorban apa saja..even tiket flight ini :(

NolynQoid

22 April 2013

Happy 2nd Birthday

Assalamualaikum u'olls..

Hr ni genap 2 tahun berblogging..yes..simple..and actually as kenangan..tempat curah perasaan juga mungkin dan sedikit perkongsian..

Terima kasih kepada encik hubby yg sentiasa menyokong..mi familia yg jd silent readers..frens yang rajin singgah dan followers yang sentiasa beri semangat..semoga semangat perkongsian akan dpt diteruskan setahun akan datang...

Nolynqoid update sambil Qoid sibuk kacau

17 April 2013

Wordless Wednesday #49

 
 Kawan Senang..Kawan Susah..Terima Kasih utk Encik kerana berada di samping kami di saat-saat sukar..Maaf..gambar cilok dr FB encik..Semoga ukhwah terus utuh..Terima kasih...

Nol Arif dan Lynda Che Lah

16 April 2013

Bila Allah Duga...

 
Minggu yang panjang dan penuh dugaan minggu lepas..baru ni berkesempatan update sebab memang bz dengan mcm2 yang tak diduga..tp Alhamdulillah tiada kehilangan nyawa yang berlaku..

Selasa tempoh hari..Adik sy eksiden..Nasib baik juga dia dan Yana selamat..takde kecederaan cuma mungkin trauma sedikit..
Kereta kini ada di Insurans utk urusan claim dan lain-lain..


Selang 2 hari..Khamis lepas..encik hubby pula ditimpa kemalangan..nasib baik juga tak serius tapi luka-luka kecil pun menyakitkan..Encik hubby masih MC sehingga hari ni dan beransur pulih..
 
 
 
 
Alhamdulillah semua selamat..Ma dan Ayah risau anak-anak tapi Insya Allah..Klu nak jadi..jadi juga sbb perancangan Allah Maha Hebat..Kami redha..Motor encik Hubby pun kat bengkel untuk tujuan Insurans..makan masa lebih kurang 2 ke 3 bulan..Yang sedihnya..org terlibat tak buat report..Polis kata dorang akan cr orang tu tapi ye ke? Bukan apa..pengalaman di sebuah IPD memang jelas dan nyata rasuah berleluasa..Klu nak cepat hulurlah seratus dua..takpun bawaklah buah-buahan barang seplastik dua..berdasar pemerhatian dan mata kepala sendiri :) opss..xoxo

NolynQoid

11 April 2013

Di Mana Silapnya Dalam Mendidik Anak-Anak

 

15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

  Kesilapan pertama: Kurang berdoa

♥ Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

♥ Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
  Kesilapan 2 
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur. - kdg-kdg mmg takutkan Qoid dgn lipaslah..cicak lah..terutama bila taknak pakai pampers :P so..kena elakkan dia takut dengan semua tu..

  Kesilapan 3 
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka - at least bila balik keje pastikan main dgn dia any games..encik hubby balik kelas mmg akan layan dia main apa saje..kena lanyak..kena gumpal..semuanya...hehe

  Kesilapan 4 
 Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. - ok..not good..sy pernah dgr orang umah bawah ajar anak dia buat homework..dan dgr makian such as `oit..takde otak ke!' so far klu sy marah sgt pun..bebel je lah..lumrah ibu kot

  Kesilapan 5 
 Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani - Insya Allah akan diseimbangkan

Kesilapan 6
 Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) - sentiasa peluk dan cium Qoid..dan dia juga akan peluk Ibu dan Ayah

  Kesilapan 7 
 Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. -

  Kesilapan 8
 Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. -  ini nice..sbb klu kami kemas umah..Qoid akan tanya..ada org nak dtg ke..ekeke..mcm satu rutin pulak..ahaha

  Kesilapan 9
 Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. - Alhamdulillah teratur dan akan terus..Insya Allah..Qoid pun jwb salam even Ibu yang bagi ms buka pintu umah

  Kesilapan 10
 Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. - Rotan mmg ada dan memang berada di tempat yang boleh dilihat..Qoid pun tau..dan dia paham fungsinya..

Kesilapan 11
 Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. - Qoid setakat ni didedahkan..Insya Allah

  Kesilapan 12
 Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

  Kesilapan 13
 Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

  Kesilapan 14
 Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. - Ini amat penting..Kami pernah biarkan Qoid tgk Boboiboy dan tingkahlaku dia berubah lepas tgk siri tu..Hasil pemerhatian dan pengawasan mmg siri tu tak elok utk perkembangan minda dan sahsiah..So..Ibu Ayah akan tukar siaran klu siri sebegitu disiarkan..Penting sgt pantau apa yang anak tgk sbb TV mmg byk mempengaruhi anak.

  Kesilapan 15
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. - kami tak perlukan pembantu rumah..Insya Allah..sampai bila-bila...
terima kasih sumber : Darulharis
 
Ya Allah..Kau jadikanlah anak ini anak yang sentiasa mendapat keredhaanMu..RahmatMu dan Kasih SayangMu..Kau lindungilah dia dr segala masalah duniawi dan semoga anak ini menjadi salah satu pemimpin yang tinggi lagi mulia dalam rumahtangganya..dalam agamaMu..Amin.xoxo

NolynQoid 

09 April 2013

My New Obsession - Cinta Jangan Pergi

 
Jatuh cinta lagi lepas Nur Kasih..hehe..suka sgt chemistry antara Tiz ngan Remy...Tayangan di TV9 jam 8.30 malam Sabtu dan Ahad..Terlepas 2 malam dah tapi takpe..Tonton kan ada..xoxo

NolynQoid

05 April 2013

Redha..Pasrah :)

 
Allah Maha Tahu..segala-galanya..dugaan yg ini..sy hanya diam tanpa kata..hati juga..dtg penyelamat sy, dia juga tenang..#rosak #maghrib #redha 
#instagram 
Lepas satu..dan satu lagi..2 minggu lepas dah start macam-macam hal dgn urusan KWSP..kereta Viva..urusan dengan satu company ni..masalah domestik..dan akhirnya..ini..(mungkin yang terakhir)..

Duduk muhasabah diri..erm..byk silap rupanya..Semalam bila kena yang ini..sy tersenyum..Istighfar..Allah sayang Kami..Dia mahu kami sentiasa ingat dia..bukan marah dan merungut tak tentu pasal..

Sesungguhnya..Allah tidak menguji hambaNya dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..Insya Allah..Inalillah..Alhamdulillah..xoxo

NolynQoid Redha..Pasrah..Belum Menyerah Kalah :)

04 April 2013

Ada Yang Tak Kena

 
 Macam-macam terjadi 2 3 minggu ni..lelah juga rasanya..Baru td lunch borak dengan Encik Hubby..ye..ada sesuatu yang tak kena..fikir punye fikir..bincang punye bincang..Oh! Rupanya mmg ada yang tak kena..Jom muhasabah Diri ! 

NolynQoid

02 April 2013

Bila Qoid Tidur Sendiri..

 
Qoid dah lama tidur sendiri..Maksud sy tidur di bilik sendiri sejak usia 1 tahun setengah..baru ni nak share..Umur Qoid dah 3 tahun sekarang maknanya..dah 1 1/2 tahun dia tidur sendiri..Masa mula-mula ajar dia tidur sendiri, sy automatically akan bangun setiap 2 jam sebab hati Ibu kan..ahaha..tak biasa berasingan sejak dr dia lahir lagi..Even kalau ada kursus luar kawasan pun sy balik tidur dgn dia..(Sy pernah drive turun Genting dan pagi esok naik Genting balik..ahaha...)

Kebaikan tidur berasingan ni..of coz Ibu n Ayah selesa sbb Qoid tidur lasak...Klu share katil ngan dia sakit pinggang Ibu Ayah tidur senget benget..ahaha..Memang kami ada alat yang membolehkan sy monitor Qoid masa tu tapi naluri Ibu mmg rasa tak senang anak tidur sorang..Adalah dalam 2 3 minggu sy begitu..Dan alat yang kami guna tu pun amat sensitif pada bunyi..bunyi kapalterbang lalu pun dia detect..mana tak terjaga setiap kali dia bunyi..
Bagi memastikan Qoid selesa..kami beli katil ikut kehendak dia..Kereta Merah..Harga masa beli RM350++..letak byk bantal dan cadar yang ceria..Suhu bilik dikawal antara 24 darjah C ke 26 darjah C..
Two way walkie taklie for baby..Ni dalam bilik Sy..kami boleh pantau suhu dr sini dan ada button untuk ckp dgn baby..So..sebarang bunyi dr bilik kami takkan didengar oleh Qoid kecuali button tu ditekan..Ni jenama Little Bean kalau tak silap..last time tgk harga kat Jusco RM260 kalau tak silap..Kami beli second dr Chinese couple yang jual kat Mudah. Harga dia jual ms tu RM230..
Yang ni letak kat bilik Qoid..boleh adjust volume penerimaan isyarat bunyi dalam jarak 5 meter ke 10 meter..yang dapat bunyi kapal terbang tu sbb adjust volume 10 meter..ahaha..bila dah set 5 meter baru ok sikit..Qoid nangis atau mengigau mmg dengar.. 
As starting dulu..mmg payah..tambahan pula Mama ngan Nenek bising..ekeke..tp xpe..Didik Qoid berdikari at the same time jadikan Ibu dan Ayah lebih peka..Sape-sape nak try silakan..Kuatkan hati ahaha..xoxo

NolynQoid

01 April 2013

Attend Meeting..tetiba....

Assalamualaikum u'olls..



kat meeting room for 1st time..I kene attend ad hoc meeting..kelam kabut masuk opis pg ni dpt arahan..namapun sy yang menurut perintah..xoxo

NolynQoid

posted from Bloggeroid

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...