BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION, LSCS)

Assalamualaikum u'olls..

Perkongsian mengenai czer..pernah alami dan mungkin anda terpaksa alaminya...
gambar dr Google

Caesarean Section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN CAESAREAN SECTION ?
Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘elective caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:
1. Kandungan kembar
2. Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. Plasenta Praevia (plasenta menghalang salur kelahiran) ~ sy alaminya sepanjang kehamilan tahap 4 tetapi sewaktu proses bersalin..salur kelahiran dah clear~
4. Ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. Mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :
1. Untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. Bukaan serviks tidak memadai.
3. Kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

PROSEDUR
1. Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section. (sy hanya diberi minum air suam)
2. Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.


3. Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing. (tak rasa sakit sbb dah ambil epidural..nnti sy share tentang epidural)

 
4. Saluran intravena juga akan dimasukkan.


5. Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.


6. Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , prosedur ini dinamakan sebagai lscs (lower segment caesarean section), yang mana bahagian bawah dibedah.


7. Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.


8. Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.


9. Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.


10. Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik


11. Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta (uri) dan mengeluarkannya.


12. Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan.Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu atau sekarang akan hilang sendiri.


13. Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

Secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. Selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.


APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA SAYA SELEPAS BERSALIN MELAUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION)?

1. Anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.


2. Selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.


3. Anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.


4. Anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. Jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.


5. Cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.


6. Cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. Anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.


7. Anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. Anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.


8. Anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.


9. Pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkena tempat yang luka.


10. Untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.


11. Selepas 7 hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk mengeluarkan jahitan. Jika jahitan hilang sendiri..tidak perlu.


12. Anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.


13. Parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.


14. Kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. Luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.


15. Kadangkala, parut akan membengkak. anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .


16. Gunakan bantuan pemakanan yang memudahkan luka pembedahan pulih seperti ikan haruan atau sebarang  bentuk pemakanan yang membantu.
sumber : FB

Sy mengalami Czer kerana waktu itu, denyutan jantung bayi mulai lemah kerana air ketuban telah pecah. Bukaan pula kekal 3cm dan satu-satunya cara menyelamatkan bayi ketika itu adalah Czer. Tiada masalah yang dialami setakat ini..cuma kdg2 rasa gatal di tempat pembedahan..Aktiviti berurut boleh dibuat tapi tukang urut pun cuma pegang-pegang je..Peranakan boleh diangkat selepas usia 3 tahun. Qoid dah 3 tahun dan proses itu akan dibuat dalam masa terdekat..hehe..Kalau terpaksa hadapi pembedahan ni..redhalah sbb untuk keselamatan ibu dan anak..Insya Allah xkan ada masalah kecuali masalah keradangan atau kurang rehat..xoxo

***Dapatkan Bengkung Khas Utk Bersalin Czer <DI SINI>
NolynQoid

Comments

  1. oooo..mcmtu rupanya ye. x pernah tau pun sbb sebelum2 ni lahirkan baby secara normal. mudah2an baby kali ni pun dpt dilahirkan secara normal juga

    ReplyDelete
  2. Sue...harap2 dptlah sue bersalin normal..sy tak rasa normal lagi..hehe..harap selepas ni :)

    ReplyDelete
  3. takut tgk pic tue huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. azie..xmo takut k..hehe..semoga azie bersalin nti mudah dan tiada masalah :)

    ReplyDelete
  5. takut bila baca artikel2 pasal csec nih....moga Allah permudahkan urusan hendaknya

    ReplyDelete
  6. info sgt membantu.. tq admin.. ^_^

    ReplyDelete
  7. Assalammmualaikom .. Sy pon bersalin czer ank sulung .. Mase sy lps czer sy ad tmbah darah baru .. Tapi sy nk tnya pendapat ibu2 kat sini .. Kenapa selepas czer n masuk drh baru dlm sbulan lebih bdn sy mcm gatal2 sampai skrg .. Teruk sgt .. Sy pon tak pasti mcm mne punca sy ley gatal dengan secara tiba2 .. Dh mcm org kena gegata pon ad .. Sy mcm nk nangis jewk smpai diy gatal kat tempat operation .. Ad sapa2 penah mcm sy x ?? Klau ad mcm mne nk atasi untuk hilangkn kesan gatal ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan,
      Bila berlaku tranfusion darah,kalau berlaku kesan sampingan maknanya puan tidak sesuai/tidak rasi dengan darah yang diterima.
      Puan boleh rujuk doktor puan segera bagi mengatasi masalah ini.

      Delete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts