24 January 2013

Andai Rasulullah Masih Ada ~ Salam Maulidur Rasul ~

Assalamualaikum u'olls..
Google

 
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu
dan kebebasan daripada neraka-Mu
Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia
Kami mohon pada-Mu
Mohon dengan sangat wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam....

Kalaulah Kekasih-Mu
Masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah.
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta
untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran baginda
Jiwa turut menjadi harum,
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah
akan di perkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah

Kutebus dirku dengan dirimu,
wahai Kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum
Wahai yang di utuskan sebagai
tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...

Wahai Kekasihku, wahai Muhammad
Wahai doktor hatiku
Wahai yang di puji di puja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Lagu Andai Rasulullah Masih Ada~ Google~


Salam Maulidur Rasul..Andai Baginda masih ada :(
Selawat dan Salam ke atas JunjunganNya
NolynQoid

23 January 2013

Dinner @ Serai Empire Gallery Subang..Post Celebration

Assalamualaikum u'olls..

Blog tak sempat nak update pun..hehe..ni cerita makan lagi..ada byk lagi citer makan nak share tapi tgk keadaan nanti camne..Ni cerita new year..1 Januari tu cuti kan..so..kami jalan-jalan ke Empire Shopping Gallery, Subang..Dan kena pau ngan Qoid kat Toys R Us..
Pusing-pusing dalam tu dok cr nak beli gitar ni je..klu kat pasar malam baru RM15 kot..tp kat sini harga RM45..sayang anaklah katakan..tapi yang bagusnya Qoid..dia kalau dah suka satu..itu je lah dia pilih walhal Toys R Us tu besar dan ada macam-macam..Syukur ;p
Lepas solat Maghrib..kami g dinner di Serai..Ntah kenapa lah tertarik benar ke situ...Fine dining restaurant dan harga dia agak 4 star gak..Selain itu..ni lah post celebration birthday hubby lagi..ahaha..bajet retis u sampai 3 kali celebrate..
Famous Pavlova
Watermelon Juice n Milky Bandung
 
Qoid ngan pinggan sendiri..dan gitar..tak tinggal..adei..
Kangkung belacan (tak berapa kaw banding dgn Serai Seksyen 3) dan omellete
Siakap Stim dan Sotong Telur Masin
Total malam tu lebih kurang RM150++..Harga ni tinggi sikit jika dibandingkan dengan harga di Serai Seksyen 3, Shah Alam..Perut kenyang..hati gumbira..hehe..xoxo

NolynQoid

18 January 2013

Sambut Birthday Hubby Hari Itu..

Assalamualaikum u'olls..

Memandangkan masa birthday encik hubby 31 Disember hari tu..kami berdua terpaksa memenuhi tuntutan tugas..so..celebration di buat kat umah saja..Simple dan beli kek SR ngan Regular Pizza Hut.
Yang diraikan...kami dinner malam tu lebih kurang pukul 11 sebab encik hubby baru balik kelas..
 
Simple..tp ada post celebration ok..ahaha..bajet retis ye u hubby sampai 3 kali sambut birthday..tu blh citer next post..owh..masa! kamu sungguh cemburu dengan sy! xoxo

NolynQoid

14 January 2013

Dinner @ Saba Restaurant, Cyberjaya

Assalamualaikum u'olls..

Hari tu lepas balik dr ofis hubby di Putrajaya..kami terfikir nak jalan-jalan cari makan area Putrajaya/Cyberjaya..Tetiba encik hubby suggest ke Restoren Saba, Cyberjaya..Restoren ini menyajikan masakan Arab..macam nasi Arab..Mandi Lamb dan lain-lain..Jgn tanya macam mana nak pegi sbb kami pun main redah je..tapi yang kami perasan..restoren ni berdekatan dengan Cyberjaya Central dan dekat juga dengan MMU Cyberjaya..Terletak sederet dengan Unit Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia..Kalau Google mungkin senang jumpa..
Actually ini kira Pre-Birthday Celebration lah sbb masa birthday hubby tu kami dua-dua kene keje...
 
Vege..segar dan rangup
Caramel..belum apa-apa dah habis..sbb feveret
Chicken Akdah..campuran isi ayam..kentang dengan serbuk cili..sedap makan ngan roti

Omellete

 
Mushroom sup
Oklah..tak try pun nasi Arab..lain kali boleh cuba..bilakah..ahaha..tapi restoren ni mmg femes di kalangan orang Cyberjaya, Putrajaya, Kajang dan Bangi..memang full house hari tu even dah dekat nak Mahgrib..xoxo

NolynQoid

11 January 2013

Baru Nak Post - Indahnya 2012 dan Permulaan 2013 Yang Ohsem~

Assalamualaikum u'olls..

Rindunya mau menulis entry bagai ni..Ada yang menunggu ke..ahaha..bajet femes ah kunun..X kisah..tujuan buat blog ini actually untuk kenangan sendiri..Utk anak2 tgk kehidupan kami yang sebenar..Ibu Ayah yang suka makan dan jalan2..Dan sedikit perkongsian kepada yang memerlukan..Azam tahun baru dah bina masa Muharam hari tu..Insya Allah..segalanya lancar..

2012 byk kenangan..nak buat rangkuman macam tahun lepas.. Insya Allah akan menyusul tapi lambatlah..2012 kami berakhir  dengan berita gembira dan permulaan yang baik untuk 2013..bukan malas meng-update..cuma masa amat cemburu..dengan portfolio baru..kurang masa nak BW pun..hehe..tp Insya Allah..akan ada BW kat blog kawan2 cuma payah kot nak komen..

2012 diakhiri dengan berita ini..
Akhirnya..selepas 5 tahun berkhidmat di Putrajaya, Encik hubby akan berpindah ke Selangor...10 minit dari rumah..dan tiap petang sebelum ke kelas..dapat jumpa Qoid dulu :) .Syukur..kami amat berbesar hati menerima berita ini..
Kat meja kerja yang byk berjasa
Dalam Kenangan..TQ so much to all BBT's staffs..Nice knowing all of u especially Lin, Putri, Puan Norkiah, Ju, Nik, Encik Azman dan lain-lain..semoga jalinan ukhwah ni terus kekal wlupun jauh

Sibuk ngan hadiah harijadi ayah

 
So..29 Disember Ahad hari tu, kami ke ofis encik hubby untuk urusan perpindahan..Tolong kemas apa yang boleh..Sehari suntuk dok kat ofis itu..Ni lah kali terakhir sy dan Qoid akan ke sini..Tak datang Putrajaya lagi lah kot..ehehe..tak dpt pegi Alamanda ;p
Selesai aktiviti kemas kat ofis..kami ke Presint 9 bwk Qoid mandi kolam..Ramai yang amat..Mandi kejap je..Sian dia since Encik hubby bz ngan kelas..jarang kami bwk dia mandi pool..Ntilah..tunggu cuti semester..bolehlah pegi :)
 
Sehari suntuk kami di Putrajaya hari tu..lepas setel mandi kami ke satu tempat makan fofular kat Cyberjaya..Itu kena next post..hehe..

Semoga 2013 membawa lebih banyak cahaya dan keindahan seindah 2012 yang membahagiakan kami..xoxo

NolynQoid

07 January 2013

2013 - Baru Nak Post!

Assalamualaikum u'olls..
Dah 7hb baru nak post utk 2013..Sibuk yang amat sbb dapat new portfolio..tukar job scope..hubby pun bertukar..so..minggu pertama di 2013 kami sibuk set up new place..new life..huru hara..huhu..

Insya Allah, 2013 byk nak share..tempat makan..kenangan terindah yang akan terus indah sepanjang 2013..Thanx juga yang sudi singgah wlupun takde post..terima kasih utk semua yang support Dulu..Kini n Selamanya.xoxo..

NolynQoid

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...