Rawang Burger Bakar vs Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum u'olls..

Demam burger bakar sebenarnya dah lama dah kan..dulu susah nak jumpa, sekarang dah merata cawangan burger bakar ni..Yang femes was Rawang Burger Bakar dan Burger Bakar Abang Burn..2 big names ni offer mcm2 bentuk burger bakar..Sampai bertingkat2..hehe..Dan kami dah cuba dua-dua sekali :)
Yang ni kami try kat Rawang Burger Bakar Sesyen 23..Buka kat Restoran Tat Nasi Ayam sebelah Carrefour Seksyen 23..Ni namanya KLCC..Sedap..melimpah ngan sos dan cheese..Daging dibakar sempurna menggunakan dapur arang dan ada rasa smoke..memang burger bakar terbaik..Servis tip top sbb kami tunggu lebih kurang 5 minit je..harga lebih kurang RM20..Berbaloi..Makan share 2 orang..Sila duduk di meja untuk pilih burger dan pesanan akan diambil.
Yang ni pulak kami makan kat Seksyen 7..Ni set Supremo dan tambah RM1.50 klu tak silap untuk dapat 3 hotdog tu..Rasa adalah biasa sebab daging kurang kaw nak banding ngan Rawang Burger Bakar..Stail bakar guna pemanggang elektrik klu tak silap...so..menurut hubby..rasa smoke tu takde..yang istimewa dia ada seketul cendawan bakar dan onion ring..tapi nak tambah sebagai side dish kena bayar ah kan..Dan free refill air kat Seksyen 7 sahaja..Air segelas RM1..Sila beratur dan pesan di kaunter dan servis tip top juga sbb ramai pekerja..

Tp pilihan kami berdua tetap Rawang Burger Bakar..Tp ni pilihan peribadi..Lain orang lain pendapat kan..so..Fans Abg Burn janganlah pulak marah k..hehe..xoxo

NolynQoid

Comments

  1. baca dlm paper bila ntah, kalo malaysia menang dgn thailand nti, rawang burger bakar nie nk bg burger free utk rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..tp confirm full house..rasanya Rawang Burger Bakar dah nak buka kat Penanglah Azie :)

      Delete
  2. Kami Di Restoran Rayyan Burger Bakar Seksyen 15 Shah Alam jg ada menawarkan burger Bakar Menggunakan Arang dan suasana tempat makan yg selesa bg pelanggan, Silalah datang ke Restoran Rayyan Burge Bakar....Tak susah pun cuma carik d Facebook CONFIRM jumpa punya, terima Kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts