31 December 2012

Selamat Hari Lahir Cinta Hati

Assalamualaikum u'olls..
Hari ini, 31 Disember 2012 birthday Encik Hubby..
Syg, semoga dipanjangkan usiamu utk kita menempuh hari mendatang bersama..dipermudahkan urusanmu dalam segala hal..dilimpahi rahmat dan hidayah Ilahi..dikurniakan kesihatan yang terus-terusan baik..diberikan kesenangan di dunia dan Akhirat..Kami sayang kamoo..xoxo

NolynQoid

28 December 2012

Entry Jumaat - Memasukkan Tangan ke Kemaluan

Assalamualaikum u'olls..
Soalan :
Jika seorang wanita itu memasukkan jari untuk membersihkan najis dalam kemaluan atau tujuan perubatan oleh doktor untuk membuat pemeriksaan dengan memasukkan tangan atau alat-alat pemeriksaan, apakah WAJIB bagi wanita itu Mandi Wajib? Dan jika berlaku dalam bulan Ramadan, adakah batal puasanya?

Jawapan :
Jika demikian (untuk tujuan perubatan dan pembersihan) maka TIDAK WAJIB mandi dan ianya TIDAK MEMBATALKAN puasanya..

Sumber: 1001 Soal Jawab Agama, Umat Bertanya Ulama Menjawab

Ibu mengandung atau yang menjalani Pap Smear..mungkin ini blh membantu kemusykilan kita..Wallahuaklam..xoxo

NolynQoid

27 December 2012

Lunch @ Hj Shahrin Low Chinese Muslim

Assalamualaikum u'olls..

Lamanya takde entry makan2 kan..Actually ni post tertunggak lamalah sgt..tp event ni event makan secara berjemaah ngan bebudak ofis..Jarang gak kami keluar makan berjemaah ni..Dengan ikhlas hati hari itu, Encik Adam nak belanja makan..So..kami decide ke Hj Shahrin Low di Harbour Place.
YB Dato' Adam :p
Mixed Vege
Siakap Asam
Hidangan Ayam..xtau nama tapi ni menggantikan Itik Panggang
Yam Basket
Butter Prawn
Three Combination..Sotong KungPau..Daging Masak Kicap Pedas dan sejenis kuih..
Sup Bunga Kincam kot..
Hidangan ini amik pakej je..RM350 untuk 6-8 orang makan..Siap 2 jug air (teh cina dan sirap limau) serta nasi goreng Cina 2 bekas..Memang tak abis sebab banyak sgt..Kami yang pergi dalam lingkungan 8 orang..Marvelles..Kenyang smpi malam..Thanx to Adam...xoxo

*Adam baru sahaja bergelar ayah kepada seorang babygirl ~Nur Ain Sofea~ Tahniah..

NolynQoid

24 December 2012

Sunyi

Assalamualaikum u'olls..

Hubby kata blog ni sunyi je sejak akhir-akhir ni..Post ada tapi tak menyempat nak meng-update..Insya Allah..akan cuba kembali aktif..Thanx yang sudi singgah wlupun sunyi..xoxo

NolynQoid

21 December 2012

Entry Jumaat - Menunda Mandi Wajib

Assalamualaikum u'olls..

Lama tak ber-entry..Nak start Jumaat ngan perkongsian drpd buku `1001  Soal Jawab Agama, Umat Bertanya, Ulama Menjawab'..Insya Allah akan cuba share sebanyak boleh dengan semua..

Soalan :
Bolehkah Menunda Manji Wajib hingga Terbit Fajar.. Dan apakah boleh bagi wanita untuk menunda madi haid dan nifas sehingga terbitnya fajar?

Jawapan :
Jika masa haid seorang wanita telah habis sebelum fajar, makan diHARUSkan berpuasa dan tiada larangan baginya untuk menunda mandinya hingga terbit fajar. Tetapi TIDAK BOLEH baginya untuk menunda mandinya hingga TERBIT MATAHARI bahkan WAJIB baginya untuk mandi dan menunaikan solat sebelum matahari terbit..Begitu juga untuk lelaki yang perlu mandi junub.

Berkongsi...Insya Allah..Wallahuaklam..xoxo

NolynQoid

13 December 2012

Bukan Degil Atau Kurang Ajar..

Assalamualaikum u'olls..
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:



1- pegang dia seperti dalam gambar ini.


2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.


3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.


4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang


5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
*perkongsian drpd Prof. Dr. Rozieta Shaary
NolynQoid :) 

06 December 2012

SEGMEN : BLOGLIST DISEMBER 2012 OLEH SURIAQISTINA"

NolynQoid :)

Rawang Burger Bakar vs Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum u'olls..

Demam burger bakar sebenarnya dah lama dah kan..dulu susah nak jumpa, sekarang dah merata cawangan burger bakar ni..Yang femes was Rawang Burger Bakar dan Burger Bakar Abang Burn..2 big names ni offer mcm2 bentuk burger bakar..Sampai bertingkat2..hehe..Dan kami dah cuba dua-dua sekali :)
Yang ni kami try kat Rawang Burger Bakar Sesyen 23..Buka kat Restoran Tat Nasi Ayam sebelah Carrefour Seksyen 23..Ni namanya KLCC..Sedap..melimpah ngan sos dan cheese..Daging dibakar sempurna menggunakan dapur arang dan ada rasa smoke..memang burger bakar terbaik..Servis tip top sbb kami tunggu lebih kurang 5 minit je..harga lebih kurang RM20..Berbaloi..Makan share 2 orang..Sila duduk di meja untuk pilih burger dan pesanan akan diambil.
Yang ni pulak kami makan kat Seksyen 7..Ni set Supremo dan tambah RM1.50 klu tak silap untuk dapat 3 hotdog tu..Rasa adalah biasa sebab daging kurang kaw nak banding ngan Rawang Burger Bakar..Stail bakar guna pemanggang elektrik klu tak silap...so..menurut hubby..rasa smoke tu takde..yang istimewa dia ada seketul cendawan bakar dan onion ring..tapi nak tambah sebagai side dish kena bayar ah kan..Dan free refill air kat Seksyen 7 sahaja..Air segelas RM1..Sila beratur dan pesan di kaunter dan servis tip top juga sbb ramai pekerja..

Tp pilihan kami berdua tetap Rawang Burger Bakar..Tp ni pilihan peribadi..Lain orang lain pendapat kan..so..Fans Abg Burn janganlah pulak marah k..hehe..xoxo

NolynQoid

05 December 2012

Kena Malware Ke?

Assalamualaikum u'olls..

Blog Dulu..Kini n Selamanya.. kena Malware ke? Tau pun sbb Azie yang inform..Sy masih boleh buka my blog tanpa masalah..So sape yang BW tu dan tak boleh tgk pls send me the link utk dibaiki..
Send kat nolyn1509@gmail.com..Thanking u in advanced..

*update..dah scan tadi tapi clean..tapi sape takleh masuk..pls share with me k..tq

NolynQoid

Wordless Wednesday #41

Assalamualaikum u'olls..
NolynQoid

04 December 2012

Qoid dan Buku

Assalamualaikum u'olls..

Saje nak share pasal 1 buku yang best untuk anak-anak..Sekarang Qoid sgt suka buku ini..Ada 5 bahasa..dan bergambar..Sesuai utk ajar dia mengenali sesuatu..
 
 
 
Actually beli buku ni drpd penjual kat shopping mall..Student2 part time jual buku tu..Cara dia approach menarik dan buku ni pun menarik..Harga 2 buku RM12..5 bahasa- Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Arab..Bagus utk kita sekali belajar..
Qoid suka baca buku ni..Abis semua org kat umah kena baca buku ni ngan dia..part paling suka of coz pasal haiwan dan serangga..buah-buahan pun dia kenal sampai bila tunjuk gambar durian dia tutup hidung dan cakap busuk! Sedap ah durian Qoid! Apalah! hehe...

Bermanfaat dan untuk anak-anak kan..Sambil tu kita blh belajar bahasa lain..hehe..Kittun - kucing (bahasa arab) xoxo..

NolynQoid

03 December 2012

Majlis Berkhatan

Assalamualaikum u'olls..

Sebenarnya majls ni dah berlangsung minggu sudah..minggu ni baru nak update..takpe..janji update..Musim cuti ni memang musin berkhatan ataupun bersunat utk anak-anak lelaki..Yang berkhatan ni sepupu-sepupu sy a.k.a anak Paksu n Maksu..Majlis berlangsung di Kampung Kuantan dengan paluan kompang, acara berarak dan bersanding..huhu..syiok sbb lama dah tak buat gini..last masa sy kawen..erk..Dulu masa 2 adik lelaki sy bersunatpun ada acara ni..so..flash back sweet memories untuk family kami..
Tuan Tanah n Qoid amik mood..
Pelamin by Maksu n Mama
Yang diraikan
 
Bacaan Doa Selamat
Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga..
Kasihnya Ayah Membawa Bahagia

Antara hidangan hari tu Asam Pedas Tetel, Kobis Masak Lemak, Ayam Goreng Rempah, Sambal belacan Mangga, Ulam-ulaman..Kuih Muih..
Seronok berkumpul sekali-sekala..Mereka bertiga pun dah selamat dikhatankan dan sedang dlm tempoh pemulihan.. Nanti si Qoid pun blh buat mcm ni..Buat kambing golek sekali..hehe...xoxo

NolynQoid

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...