Bila Qoid Sakit Part 1 ~ Ibu dan Ayah Resah :(

Assalamualaikum u'olls..

Sebenarnya, post ni dah terperam dlm draft untuk tempoh lebih kurang 2 minggu..Memang tak berkesempatan nak menghabiskan..Kebetulan minggu sibuk di opis setelah seminggu bercuti..Cuti sakit dan kecemasan..Bila berkesempatan postkan gambar ni, baru juga berkesempatan nak update cerita 2 minggu lepas.

Qoid tiba2 diserang muntah2 yang teruk awal pagi jam 4 pagi pada 18 September. Dlm sejarah sebab sepanjang usia Qoid, dia tak pernah muntah even tersedak klu minum susu atau perkara yang boleh buat kita muntah..Bila dia start muntah every 15 minutes..maknanya..ini serius..kesian dia sbb muntah sampai keluar lendir je..Tido balik tak sampai 15 minit bangun dan muntah..Sy lagilah tak boleh tidur..

18 September 2012
18 September - Ni baju keberapa ntah tukar..masa ni baru dia dpt tidur..
Kebetulan, hari yang sama encik hubby ke pegi kursus kat IPN. Sy dengan rela hati melepaskan hubby pergi dan dengan berat hati encik hubby mengikuti kursus..Harapan dan tanggapan kami, mungkin salah makan dan Qoid akan sihat 2 3 hari lagi..Lepas bangun, bwk Qoid ke klinik dan doktor kate takde apa..mungkin angin..Ke rumah mama sbb sy stay sana sepanjang encik hubby berkursus 2 hari tu..
 
Ubat-ubat yang dibekalkan..Air garam tu sebab Qoid minum susu je muntah..So..tenaga diperlukan..
19 September 2012
Masuk hari kedua..Qoid mula cirit birit..Sampai keluar air je..dia mula longlai..Decide ke klinik semula utk ambil injection tp doktor cuma masukkan ubat montot utk tahan muntah pula..Masih bagi air garam dan sejenis minuman tahan cirit-birit.Diagnosis kata..perut ok takde angin..Sy dapat MC 2 hari sebab batuk teruk..
Kat klinik tetiba Qoid kata nak makan aiskrim..Ok..demi kamu..apa saja nak Ibu carikan..Even nak bulan dan bintang..Janji kamu gembira :) ~ With Onny yang menemani
Ok..main sekejap..Lepas tu lembik balik :(
Petang tu elok sikit..Alhamdulillah
20 September 2012
Encik hubby balik hari ni..Alhamdulillah..Qoid menunjukkan kesihatan yang baik..Lega dan esok Ibu boleh kerja..Malam tu bawa Qoid pegi makan Big Apple sebagai memenuhi permintaan dia..tp petang tu minum susu tetiba muntah..Ingat takpe..Kenyang sangat tu..tp lebih kurang pukul 11 malam Qoid muntah lagi..Encik hubby decide ke PPUM sebab seriously benda ini serius..

Next post.......

NolynQoid

Comments

Popular Posts