Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Wordless Wednesday #37

Assalamualaikum u'olls.. NolynQoid

Nolyngoid vs Nolynqoid

Assalamualaikum u'olls..
Sedey..huhu..bukan apa..segment Blog Pilihan hari tu mmg dapat tengok tapi yang menyedihkan macam mana NolynQoid boleh jadi NolynGoid..Ingat Goid Gostan ke..hampa..itulah bila buat keje tak semenggah kata org..Bukan salah eja je pun..salah sebut juga..nampak sgt tak buat homework..Suppose sebelum keluar kat TV tu..Cik Sakinah should call me for futher info..tapi haram..Sy call dia dari hari dapat emel sampai esoknya nak kuar TV pun tak jawab..Kesilapan jelas byk berlaku terutamanya dah terang-terang profile sy tulis nama Lynda Che Lah..tapi dok sebut dalam tu penulisnya Nolyn..Adeh..Kecewa sebab bukan senang nak dapat coverage TV mcm tu..xpelah..dah jadi pun..harap2..blog teman2 lain takler kena begini..sy pun keje gomen gak..tapi..lalalalalala..

Peace no War..xoxo
Nolynqoid bukan Nolyngoid

Wordless Wednesday #36

Assalamualaikum u'olls..
NolynQoid

Blog Pilihan Apakata Wanita Zamzarina TV1

Assalamualaikum u'olls..  Dapat emel dari Cik Sakinah mengatakan blog sy yang setahun jagung ni terpilih untuk segmen `Blog Pilihan' Apakata Wanita Zamzarina TV1..Ok..terkasima..hehe..bukan apa..byk blog femes ames macam NeenaAnuar yang muncul kat segmen tu..tp bak kata orang kecik tapak tangan..nyiru sy tadahkan..
So..kena share blog Zamzarina with FB juga. Done..
Dijangka tayangan pada 27 Oktober 2012 (Sabtu) jam 11 pagi di TV1. Dah suruh encik hubby set reminder..ahaha..saje seronok2..ni yang mood nak berblog mencanak-canak ni..Insya Allah..sy akan teruskan perkongsian yang lebih menarik dan bererti..xoxo
NolynQoid

Mencuba...

Assalamualaikum u'olls..
Saya bukan nak tunjuk baik..tapi sedang mencuba menjadi yang lebih baik..Insya Allah..teman2 saya juga begitu :)
Ustaz Pahrol Mohd Juoi kata : Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkanNya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Nak jadi jahat sekelip mata.. Nak jadi baik bertalu-talu ujian yang datang.. Tapi..ALLAH kan ada :)
NolynQoid

Mudah Masuk Syurga..

Assalamualaikum u'olls..Wanita mudah masuk syurga, dengan mematuhi 4 syarat:
1- Jaga solat 5 waktu
2- Berpuasa di bulan Ramadhan
3- Jaga maruah (aurat dan kemaluan dari zina) 4- Taat pada suami
Patuh pada 4 syarat ni, pilihlah mana2 pintu syurga yang anda mahu (hadis sahih). Tapi syarat no 3 dan 4 ni la penyebab ramai wanita di neraka. (hadis nabi di-Isra' Mikraj)
Rasulullah Sallallahu 'alaihiwasallam bersabda yang bermaksud : "Apabila seorang wanita solat 5 waktu, puasa bulan (ramadhan), menjaga kemaluannya (tidak berzina), serta taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya : Masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana yang kamu suka!" (hadis riwayat Ahmad dan Tabrani)                                               Jom masuk Jannah..xoxo
                                                        NolynQoid

Wordless Wednesday #35

Assalamualaikum u'olls.. Salam 1 Zulhijjah :)
NolynQoid

Qoid Potong Rambut Tapi Kali Ini....

Assalamualaikum u'olls..
Anak bertuah ni kalau potong rambut pun 2 3 bulan sekali..So..Sabtu lepas..bawaklah dia potong rambut sebab dah panjang dan serabai sgt..Tapi Ibu dan Ayah susah hati pening kepala sebab kalau potong rambut mesti macam ni.

So..hari Sabtu lepas ke Tesco bawak Qoid makan Big Apple kat Aeon Bukit Tinggi then bagitau dia pasni potong rambut..Mulalah susah hati bagai..pelbagai alasan diberi dengan mengatakan rambut pendek lagi..tak payah potong (dalam pelat dia)..Terbahak-bahak Ibu dan Ayah  menengok segala aksi ngelat tu..

Misi tetap diteruskan dan tetiba ayah janji..Klu tak nangis masa potong rambut nanti..ayah belikan aiskrim..Qoid diam je..erm..Berbekalkan handphone kat tangan..Qoid menyerah diri..dan kami macam lega bercampur pelik..
Dapatlah trim cantik2 rambut tu..Encik hubby dah cakap..klu nangis..botakkan je terus...ahaha..Syukur..Menunjukkan dia dah besar..Ke sebab Rasuah Aiskrim tu? erk!
So..bila selesai..Janji mesti ditepati..Kenalah encik Hubby sin…

Hari Baru

Assalamualaikum u'olls..
Hari ni, kami suami isteri akan memulakan hari baru sebab Encik Hubby dah start belajar part time hari ni..Kat UKM sambung Degree in Accountancy..Ye..dengan rela hati beliau menawarkan diri untuk jadi student separuh masa dan masa-masa kami bersama juga akan jadi separuh sebab kelas Encik Hubby dari jam 7 mlm-10 mlm (Isnin-Jumaat)..Tapi setakat ni jadual tak dapat lagi..hopefully takleh penuh one whole week tu kan..klu tak sapa nak bwk sy g dinner Siakap 3 Rasa bila teringin nanti..ahaha..Semua ni akan berlaku 4 tahun lamanya..dan perubahan ini kami terima dengan tenang sebab Insya Allah..Inilah antara jalan rezeki yang Allah tunjukkan :)

So..untuk mulakan perjalanan ni..kami kena ubahsuai bilik tidur kami jadi bilik study juga..So..Sabtu lepas g shooping sikit..
So..doa sy..Semoga encik hubby dapat belajar dengan jayanya..Dapat maintain pointer as u promised me before..Dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalankan kewajipan tambah…

Basikal Baru Qoid

Assalamualaikum u'olls..
Memandangkan Qoid dah tinggi dan pandai kayuh basikal kakak..Ibu dan ayah decide nak belikan basikal untuk dia..selama ni dia main push car je..dan basikal kecik 3 roda tu..Naik basikal kakak yang besar tu dah pandai kayuh..So..misi mencari basikal dilakukan balik keje kelmarin..
Bila Qoid try kayuh..sangkut pulak..sangkut dengan brek yang ketat..So..encik hubby decide cabut brek dulu..nti dah pandai main brek..boleh pasang balik.. Saiz basikal agak besar..takpelah..janji tak berebut dengan kakak..Boleh pakai lama pun..hehe..kebetulan ada duit lebih..Demi dia..segalanya..xoxo
p/s : Papa Harun Shah janji nak belikan basikal baru untuk kakak Ahad ni kan..ekekeke
NolynQoid

Wordless Wednesday #34 ~ Iftirasy (Duduk Antara 2 Sujud)

Assalamualaikum u'olls.. Perbetulkan yang kurang betul :)
NolynQoid

Keputusannya....

Assalamualaikum u'olls..
Keputusan peperiksaan ini dah keluar semalam.. Utk 1st timer..encik hubby kata sy kena redha..tambahan pula..sy tak study pun..antara yang menyebabkan sy kandas adalah..sy tiru sebiji ayat buku..ahaha..memang patut pun kandas..Xpe..bersemangat mau teruskan perjuangan tahun hadapan pula..kena study awal lah nampaknya...xoxo
NolynQoid

Bila Qoid Sakit Part 2 ~ Virus Merebak :(

Assalamualaikum u'olls..
21 September 2012
Sambungan post yang ini.. malam tu pukul 11.30 malam kami bergegas ke Unit Kecemasan Pediatrik PPUM.. Hati sy dah berbelah bahagi..Nak bawak ke taknak sebab dok memikirkan kesian Qoid akan dicucuk sana sini untuk ambil darah dan masuk air if ada yang tak kena.. Tp encik hubby tanya..sanggup ke tengok dia terus muntah dan cirit birit sampai lembik atau tgk dia kena cucuk masuk air..You pilih..dengan kuatkan semangat tu sy berkemas kain baju sy dan Qoid in case kami kena warded..Perjalanan ke PPUM memang mencabar sebab jammed sepanjang Federal Highway sebab tengah malam tu dorang buat jalan..
Dah daftar semua..jumpa doktor..Explain kat doktor semua simptom yang berlaku past few days dan Doktor suggest ambil darah..Mau tgk sejauh mana kekeringan yang berlaku dalam badan Qoid sebab asyik muntah dan cirit birit..Masuk ke bilik ni..Mcm operation rooms..Doktor inform..dia akan balut Qoid dlm blanket tu dengan sebelah tangan terkeluar untuk …

Bila Qoid Sakit Part 1 ~ Ibu dan Ayah Resah :(

Assalamualaikum u'olls..
Sebenarnya, post ni dah terperam dlm draft untuk tempoh lebih kurang 2 minggu..Memang tak berkesempatan nak menghabiskan..Kebetulan minggu sibuk di opis setelah seminggu bercuti..Cuti sakit dan kecemasan..Bila berkesempatan postkan gambar ni, baru juga berkesempatan nak update cerita 2 minggu lepas.

Qoid tiba2 diserang muntah2 yang teruk awal pagi jam 4 pagi pada 18 September. Dlm sejarah sebab sepanjang usia Qoid, dia tak pernah muntah even tersedak klu minum susu atau perkara yang boleh buat kita muntah..Bila dia start muntah every 15 minutes..maknanya..ini serius..kesian dia sbb muntah sampai keluar lendir je..Tido balik tak sampai 15 minit bangun dan muntah..Sy lagilah tak boleh tidur..

18 September 2012
Kebetulan, hari yang sama encik hubby ke pegi kursus kat IPN. Sy dengan rela hati melepaskan hubby pergi dan dengan berat hati encik hubby mengikuti kursus..Harapan dan tanggapan kami, mungkin salah makan dan Qoid akan sihat 2 3 hari lagi..Lepas bangun…

Wordless Wednesday #33

Assalamualaikum u'olls.. Bila anak sakit tempoh hari..Hati resah gelisah :(
NolynQoid

Happy Birthday Ayeed @ Kelantan Delights, Wisma Consplant, Subang Jaya

Assalamualaikum u'olls..
Happy Birthday to my dear brother..Ayeed..Hari ni dia genap 14 tahun..dan sekejap je dah Oktober kan..Citer September byk tak publish lagi..xpe..pelan-pelan kayuh..erm..Ok..as usual early celebration birthday Ayeed di buat di Kelantan Delights, Wisma Consplant Subang Jaya..Kitorang amik early dinner sbb semua orang ada plan hari Sabtu tu..

Byk gambar blur..n encik hubby tukang amik gambar..so gambar dia yang takde..Makanan adalah biasa je..mcm makan kat kedai Siam depan umah tapi dengan kos yang tinggi..Selain ala carte..ada set menu macam Nasi Kerabu etc. Lunch bentuk buffet..Lain kali boleh try lunch buffet pulak..aneka lauk pauk Kelantan.

Semoga Ayeed dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan..Belajar rajin2 dn mencapai cita-cita yang diimpikan...Doa kami semoga segalanya dipermudahkan dunia akhirat..xoxo

NolynQoid