Iftar Bersama Famili

Assalamualaikum u'olls..

Semalam cuti Nuzul Quran..so the whole famili sy yang kerja di Selangor bercuti kecuali encik hubby yang berkhidmat di Putrajaya..Jadi semalam antara masa yang senang utk semua berkumpul..Kami decide buat pot luck je kat umah sy untuk berbuka puasa beramai-ramai.

Sejak Ramadhan ni, sy n encik hubby selalu berbuka berdua je kat rumah..Tak pergi PARAM..atau buffet Ramadhan mcm tahun-tahun sebelum..Hari Rabu berbuka di rumah mama sy dan Sabtu di rumah MIL..so, semalam agenda iftar berlandaskan pot luck..Mama masak Lemak Ikan Masin with Nenas (amat marvelles) dengan kerabu telur (nyummy)..Sy masak sambal kentang dan brokoli sos tiram..Adik pegi PARAM Seksyen 7 beli Ayam Percik, Roti Adam (roti John), Murtabak, kuih muih..Air sy buat punch dan sirap..
Abaikan surat khabar itu..ye..rumah sy takde saprah..almaklum...umah bujang ;p
 
 
 
 
X banyak amik gambar sbb waktu berbuka kelam kabut dengan layan 2 orang budak ini..
Ye..seronok dengan aneka juadah yang dimasak sendiri oleh puan mama dan simple je..yang penting berkumpul dan bertemu dlm pondok kecil kami tu..

Ramadhan ini rasa singkat sgt..Kita pun dah masuk 19 hari berpuasa..By next week dah raya..cepat betul ms berlalu..semoga Ramadhan kali ni termanfaat dengan perkara yang membawa keberkatan..Insya Allah..xoxo

NolynQoid






Comments

  1. Replies
    1. ye..sgt sedap even juadah simple mimple je..tradisi keluarga dr kecik makan berjemaah..kene didik anak2 kita pun begitu..yeah! azam sy :)

      Delete
  2. seronokkan klu ade yg dtg rumah berbuka sama² lagi² pot luck, mertua dgn adk beradik hubby pun berbuka kat rumah sy sabtu baru ni .. tp sy x sempat nak masak ape pun sebab mereka x bg tau awl².. beli bungkus jer hihihihi.... gambar pun x amik .. tuan tanah kelangkelibut hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah masya kan..tapi lagi seronok tu kelam kelibut mcm u..suprise je org sergah umah..hehe..

      Delete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts