30 August 2012

Cerita 5 Syawal

Assalamualaikum u'olls..

Nak share citer Syawal sbb tgk ramai dah post cerita Syawal u'olls kan..Nak start cerita 1 Syawal..gambar tak copy lagi dr kamera SIL..so..postponed dulu..

5 Syawal, hubby dah keje pun..Memang tiap2 tahun kami kene berkorban jaga opis..Sbb kami berdua takde kampung..ahaha..Tp hubby pun bukan ada keje sgt..5 Syawal tu, sy, hubby dan Qoid ke Putrajaya. Mmg tersangat bosan sbb opis sunyi je..Si Qoid pulak layan tidur dlm opis hubby yang sejuk..Sy pun terlelap lah juga..
Bangun dr tidur..Bz calculate duit raya..ahaha..nak ikut jejak langkah ayah jadi Penolong Akauntan
Jenuh juga nak menunggu pukul 5.30 petang..lepas je punch out tu..kami ke Alamanda, Putrajaya..Lapar dok 1 hari dalam opis..Ramai rupanya orang beraya kat Alamanda tu..Kami decide dinner dekat Rasa Alamanda je..Lauk Raya kami :) -
Chicken Chop Sy Punye
Sizzling Mee Hubby
Big Apple Donuts Qoid - Strawberry flavour kena ngap dah
Xcited sbb sepanjang Ramadhan kami tak keluar jalan2..hehe
Insya Allah..citer Syawal lain akan menyusul..byk nak citer..(ye ke byk?erm...)..Sekarang bercelaru sikit sbb akan byk perubahan besar berlaku in a month..citer next post juga..Insya Allah.xoxo

NolynQoid

29 August 2012

28 August 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ma & Ayah

Assalamualaikum u'olls..

Post khas untuk Mama (Rahimah Saleh) dan Ayah (Che Lah Mamat) sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 29. Tarikh nikah menurut mama was 27 Ogos 1983 tp kami adik beradik maklum tarikh anniversari selalunya 28 Ogos..So..kena tukar mind set it will be on 27 August dah..
 
Sumber gambar FB mama due to I lupa bawak kabel kamera..
Semoga kasih dan cinta mereka sampai Jannah..Mereka Ma dan Ayah yang ohsem..Semoga terus dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki dan kebahagiaan..Kami sayang Kamu!xoxo

NolynQoid

27 August 2012

Entry Raya? Ada....

Assalamualaikum u'olls..

Bercuti raya, blog pun cuti juga..ramai dah update citer raya..Insya Allah ada cuma mungkin lambat sikit..Raya kan sebulan..ehehe..Gambar2 bersepah kat kamera kakak ipar..dalam handphone..dan belum ada official gambar raya from my family side..Ada citer raya..cuma tahun ni kurang meriah..Kenapa ye..u'olls punye raya macam mana?

NolynQoid xoxo

16 August 2012

~Salam Aidilfitri Dari Kami~

Assalamualaikum u'olls..
Salam Aidilfitri Dari Kami
Jari Disusun Mohon Ampun dan Maaf andai Terguris Hati dan Perasaan
Semoga Aidilfitri Membawa Seribu Kebahagiaan dan Sinar Yang Indah untuk Semua
Dalam Menyambut Aidilfitri, 
Jangan Dilupa Yang Tiada dan Mereka Yang Tidak Bernasib Baik
Yang Pulang Berhari Raya di Kampung, Hati-hati Memandu..
Semoga Selamat Sampai Di Destinasi

xoxo

NolynQoid

14 August 2012

Tips Hadapi Kemalangan ~ Seperti Yang Diajar Encik Hubby - Khas untuk Kaum Wanita dan Lelaki Boleh Baca Juga :)

Assalamualaikum u'olls..

Seperti yang dijanjikan last post, hr ni sy nak share sedikit tentang tips menghadapi kemalangan...Penting terutama untuk wanita yang memandu sendirian..Panik apabila berdepan dengan kemalangan..Byk yang sy belajar selepas insiden hari tu.. Tambahan pula ni musim raya..ramai nak balik kampung..banyak kenderaan atas jalan..Ok..start ngan tips yang paling penting :
Sila jangan panik..bawa bertenang sbb klu anda panik..fikiran kusut dan anda tidak dapat selesaikan masalah..
Sila juga pastikan anda mempunyai handfone berkamera atau kamera di dalam kereta..
Tips ke3 - sila berhati-hati dengan TONTO..mereka ni akan muncul dgn sekelip mata di tempat kejadian..mcm hari tu..kereta yang berlanggar ada 3 je..tp bila sy keluar dr kereta ada 2 kereta yang tidak terlibat dan 2 org yang agak mencurigakan..dorang ni dok sibuk tanya dah ada bengkel ke belum..hulur kad dan tawarkan khidmat towing..TOLONG JANGAN LAYAN sbb kita ada insurans..kita ada towing insurans..sila hubungi khidmat insurans anda dan minta towing jika kereta anda mmg tak boleh jalan..klu boleh jalan..tak payah towing.

Tips ke4 - ada kamera tadi kan? sila ambil gambar keadaan kereta anda..kereta yang melanggar atau dilanggar oleh anda dan gambar tempat kejadian..utk rekod dan cadangan claim insurans nti..dan ambil gambar NO. PLAT setiap kereta yang terlibat. Bukan apa..dlm keadaan terkejut itu..mustahil kita boleh ingat no plat dengan sendirinya..Bantuan gambar amat membantu..

Tips ke5 - Tak perlu negotiate/berbincang/bertolerate dengan `mangsa' atau `pemangsa'..ehehe..semua perbincangan utk setel di tempat kejadian adalah tidak perlu sbb byk kerugian utk kita..rugi masa..tenaga..rugi juga duit insurans yang kita bayar..silap haribulan boleh bertekak pulak kat situ..dpt yang gangster lagi haru..So..sila terus ke Balai Polis berdekatan utk buat report..

Tips ke6 - Sila siap sedia untuk hubungi wakil/agen insurans anda dan hantarlah kereta anda ke bengkel yang berdaftar..klu bawa proton..silalah ke PROTON..Perodua ke Perodua dan lain-lain..Sbb hanya bengkel ni menukar parts yang rosak dengan parts yang baru dan original..Elakkan daripada tertipu.

Tips ke7 - Apabila dilanggar drpd belakang, sila claims insurans orang yang melanggar..Boleh ke JPJ untuk dapatkan nama insurans orang terbabit dan buat cover letter menuntut loss of use (min 15 hari) dan lain-lain gantirugi..Hari tu hubby claim loss of use, caj tambahan di bengkel (10%), caj bayaran repot polis yang kita buat tu dan caj bayaran JPJ (jika ada)..

Tips ke8 - Sila tunggu dengan sabar utk dapat kereta dan claim anda semula..Sbb proses ni agak lama juga. Untuk dpt kereta dalam masa 3 minggu while claim insurans tu makan masa 1-3 bulan (bergantung Pada insurans)

Sedikit perkongsian..terutama untuk wanita-wanita yang memandu di luar sana..Biarlah NCD abis sbb buat apa keluar duit sendiri padahal ada insurans yang cover kita..Next year nak renew roadtax..kena bayar insurans lagi kan..xpe..Janji semuanya memudahkan dan tak menyesakkan kepala..Sebarang perkongsian dialu-alukan..xoxo

*Hati-hati di Jalan Raya tak kira masa..tp malang tak berbau*

NolynQoid

08 August 2012

Kembali ke Pangkuan ;)

Assalamualaikum u'olls..
Tgk  wordless wednesday ni mesti ada yang tanya (ada yang tanya ke..ehehe) kenapa ni..Ok..actually, ms kejadian sy tak sempat bercerita pun..cuma sesetengah teman FB tau lah apa yang terjadi..

Malam tu, kami nak makan ngan family kat SPACE U8, Shah Alam..Di Persiaran Sukan tu kan byk trafik light, lepas berhenti dan tarik hand brake (ni habit pemanduan sy dan hubby), kami borak2-borak dan tetiba..mcm datang 1 lembaga hitam yang besar dan boooomm! Hentakan kuat kat belakang kereta..adeh..kena langgar belakang di trafik light adalah satu benda yang tak best..
Ini keadaan kereta yang langgar belakang kami..Poor him sebb dia dok di tengah-tengah..Sebenarnya bukan salah dia pun..salah org belakang yang langgar dia dan ini mungkin akibat drpd tidak menarik hand brake sewaktu berhenti..so..orang langgar belakang dia dan dia langgar belakang kitorang..
Ini pula..penyebab kejadian..ntah apalah pemandu ni pk kan masa tu..kuat juga hentaman yang berlaku..dan..lepas kejadian, kami bawak kereta ke tepi utk mengelakkan kesesakan lalulintas..encik hubby turun dan terus amik gambar 2 kete ni dan terlupa amik gambar kete kami..pastu takde nego bagai..terus kansel plan g makan..kami terus g IPD Shah Alam..buat report..tunggu lama yang amat dan balik umah makan maggi..sedey :'(
Tapi syukur, kami sekeluarga takde apa-apa..Insya Allah, next post sy kongsi sikit pengalaman menguruskan kemalangan yang diajar oleh encik hubby utk panduan dan peringatan bersama..Byk yang kita perlu tahu untuk mengelakkan kerugian dan tertipu..
So..smlm..kete kami dah kembali ke pangkuan..hehe..dlm square merah tu actually yang kena langgar..so insurans tukar semua tu baru..touch up n nampak ok..yang untungnya..absorber bonet tu dah kurang..maka hikmah di sebalik kejadian adalah kami dapat absorber bonet baru..ehehe..dan semuanya..di`claim' pada Insurans orang belakang..x keluar duit pun!
Ok..post ni khas utk ucapkan terima kasih kepada kereta encik hubby yang banyak berjasa kepada sy selama sebulan ni..Kereta ni lah sy bwk g amik KPSL kat Jalan Duta, then KPSL lagi di Bandar Tun Razak, yang bawak sy ke opis hari-hari, yang bawak kami jalan-jalan JB dan PD dan yang best kereta ini juga bawak sy interview di SUK..wlupun kereta tua..tp mantap..eheh..cuma tak tahan minyaklah..selalu rm30 sy boleh bwk kereta g opis seminggu, ni 2 3 hari kene isi lagi..ahaha

Byk pengajaran yang sy dapat dr kejadian ini..Insya Allah akan sy share..mcm2 yang kita tak sangkakan..Terima kasih tak terhingga utk encik hubby yang menguruskan segalanya dr awal kejadian sehingga kereta sy kembali semalam..ahaha..Jasamu dikenang..nanti I belanja mee kari SR ok..xoxo

NolynQoid

Wordless Wednesday #30

Assalamualaikum u'olls..
Welcome home dear! :)

NolynQoid

07 August 2012

Iftar Bersama Famili

Assalamualaikum u'olls..

Semalam cuti Nuzul Quran..so the whole famili sy yang kerja di Selangor bercuti kecuali encik hubby yang berkhidmat di Putrajaya..Jadi semalam antara masa yang senang utk semua berkumpul..Kami decide buat pot luck je kat umah sy untuk berbuka puasa beramai-ramai.

Sejak Ramadhan ni, sy n encik hubby selalu berbuka berdua je kat rumah..Tak pergi PARAM..atau buffet Ramadhan mcm tahun-tahun sebelum..Hari Rabu berbuka di rumah mama sy dan Sabtu di rumah MIL..so, semalam agenda iftar berlandaskan pot luck..Mama masak Lemak Ikan Masin with Nenas (amat marvelles) dengan kerabu telur (nyummy)..Sy masak sambal kentang dan brokoli sos tiram..Adik pegi PARAM Seksyen 7 beli Ayam Percik, Roti Adam (roti John), Murtabak, kuih muih..Air sy buat punch dan sirap..
Abaikan surat khabar itu..ye..rumah sy takde saprah..almaklum...umah bujang ;p
 
 
 
 
X banyak amik gambar sbb waktu berbuka kelam kabut dengan layan 2 orang budak ini..
Ye..seronok dengan aneka juadah yang dimasak sendiri oleh puan mama dan simple je..yang penting berkumpul dan bertemu dlm pondok kecil kami tu..

Ramadhan ini rasa singkat sgt..Kita pun dah masuk 19 hari berpuasa..By next week dah raya..cepat betul ms berlalu..semoga Ramadhan kali ni termanfaat dengan perkara yang membawa keberkatan..Insya Allah..xoxo

NolynQoid






01 August 2012

Hati Seorang Ibu ~Alia Haryanie~

Assalamualaikum u'olls..

Bulan mulia ni hati sy mudah tersentuh..Terjumpa satu blog dan ingin berkongsi dengan kalian..Mungkin kalian maklum..mungkin juga tidak..Seorang ibu sentiasa mendahulukan anak-anak selepas dirinya sendiri..Bertabahlah wahai Alia Haryanie..Semoga Allah sahaja yang menjaga kamu sebagaimana kamu menjaga anak2 kamu..Sedikit tentang beliau..ibu tunggal yang menderita sejenis penyakit saraf..mula hilang keupayaan tetapi terus kuat dan tabah menghadapi segalanya..mungkin boleh dibantu dengan cara di bawah :-
sumber FB
Mungkin dengan bantuan yang sedikit ini..beliau dapat meneruskan kehidupan di sisi anak-anak..xoxo

p/s : beruntung sy punya suami dan punya kesihatan yang baik..Ada insan yang lebih teruk diduga dan bersendirian..Allah Maha Mengetahui..

NolynQoid

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...