Road To Cherating

Assalamualaikum u'olls..

Baru ni kami bercuti ke Cherating..Tak puas sebenarnya bercuti di Phuket..so..sambung ke Cherating pulak..tp ada cerita yang berlaku sepanjang perjalanan ke Cherating..

Cuti-Cuti Cherating berlangsung pada 19 Mei-21 Mei hari tu..Takde lah bangun pagi sgt..Dah siap packing barang malam sebelum tu..pegi bfast di Pak Ali Kopitiam Seksyen 7 dan memulakan perjalanan ke Cherating melalui Lebuhraya PLUS-Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan akan exit Jabor nanti..
Hubby drive tak laju dan ikut lane paling kiri sekali..sampai di KM 30 dekat ngan exit Subang ni..tetiba..dengar bunyi batu terkena cermin dan..
Cermin kete sebelah kiri pecah kena batu akibat aktiviti mesin rumput di tepi hway..Terus berhenti cemas di lorong kecemasan..naseb baek ada tinted..so..cermin tu stay gitu je..tak terus pecah..tapi dah dgr bunyi kaca berterabur dalam pintu..terus alihkan Qoid..in case kan..
Kontraktor PROPEL..Jika keadaan begini berlaku..segera hubungi kontraktor berkenaan dan minta ganti dengan segera..Biasanya Kontraktor Mesin Rumput ni ada insuran untuk cover misalnya terkena atau terpecah cermin kete yang lalu lalang..kami call lah nombor yang diberi oleh pekerja berkenaan..dia minta kami ke Kayu Ara dan cari kedai repair..nti dia datang..Tp kami di Subang..Takut cermin tu berderai sebelum sampai Kayu Ara..

Hubby sedang negotiate..cuma bertanya nama kontraktor..Bukan minta dorang ni ganti pun..Cuma mood kami ke Cherating dah bercelaru sbb kejadian tidak disangka ini..
Lepas buat report di Tol PLUS Subang tu..melilau lah kami cari kedai cermin..Dengan jammed dekat Sunway tu..Pening..Tetiba dapat call dr Kontraktor yang sebenarnya untuk datang ke sebuah kedai cermin di belakang TESCO Puchong..Naseb baik dah dekat..Jadi, kami tiba di kedai ini dan Kontraktor Cina tu dah standby dengan pekerja kedai cermin tinggal nak ganti je cermin yang pecah tu..Dia bagitau..perkara ni biasa berlaku..cuma insurans mereka cover cermin depan je..Cermin tepi dan sisi ni semua kena keluar belanja sendiri..Tak kisahlah..janji dia yang bayar ;p
Ok...masa cermin pecah dia tak tido lagi..so dia sibuk tanya..Bu..cah...Tapi sepanjang perjalanan ke kedai cermin dan sepanjang cermin diperbaiki..dia tido..Wlupun orang tu sibuk mengetuk..mengvacum bagai..dia tido lena..Tapi bila bangun..dia tanya..Bu..cah? Haha..gelaklah kami berdua..Adoi nak..cermin tu dah elok ok..Awak yang tido tak hengat dunia punye..Bertuah punye budak..

Ok..dorang ni amat cekap..pantas dan kemas..kami tunggu untuk cermin tu ditukar cuma lebih kurang 1/2 jam..Sila call untuk tau location kedai yang sebenarnya (betul-betul belakang TESCO Puchong tu)..Dan yang penting bukan kami bayar..Tapi oklah..sekurang-kurangnya dah jumpa satu tempat tukar cermin yang bagus mcm ni.
Selesai tukar cermin, kami meneruskan perjalanan semula..kemudian berhenti di R&R Genting Sempah untuk lunch dan solat Zohor..Terus ke LPT dan tiba di Impiana Resort Cherating lebih kurang pukul 5.30 petang..Lega..
Welcome drink yang unik..Teh yang ada bau jamu tapi rasa yang sedap..lega..Ok..Check in..dan kecebusssss dalam pool..Gambar bagai pun tak amik...xoxo
NolynQoid

Comments

  1. lorr.. wonder x citer byk.. ada menda jd rupanyer.. xper.. ada hikmahnyer tu. goodinfo too

    ReplyDelete
  2. :: cuti lagi?mood jeles...hihih ::

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya naim,u should go nti tau.balik ganu then singgah sini brg semlm 2.

      Delete
  3. kak sya:haha..kenangan yg tak mahu diingat..tapi tulah,klu tak mau terbang rm200 kot klu tuar sendiri tu.kena aware lah kan.

    ReplyDelete
  4. Impiana Resort Cherating tu rate die berape kak ? sbb tgh mencari resort/chalet murah kat sane.

    ReplyDelete
  5. @CikZue..sy biasa tgk Booking.com...masuk tarikh nak pegi..dia akan keluar semua senarai hotel yg ada siap harga..bolh booking guna debit card pun..pilihan sendiri nak byr cash atau credit card waktu check in nti :)

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts