Melaka Lagi..

Assalamualaikum u'olls..

Susulan post ni, sy memang tak masuk opis selama seminggu..masuk hari Khamis buat keje dengan hati tak tenang tak sabar tunggu petang..hehe..Sebabnya..malam Khamis tu, encik hubby kene hadirkan diri bagi taklimat kewangan kepada satu mesyuarat yang diadakan di Hotel Mahkota Melaka..Encik hubby tanya nak ikut ke? Bagai mengantuk disorong bantal..konfemlah kan sy setuju..Balik dr Morib, berkemas semula untuk trip 3 hari dengan tujuan sepenuhnya utk berehat...

Maka..punyelah google Mahkota Hotel tu..dan woaaahh..bestnya..tak sabar..
At reception..sgt lasak!
Tapi..entahlah..mmg kalau kami bercuti ada aje dugaannya..Sampai di reception, kami diberitahu, takde bilik untuk kami..Urusan tempahan bilik dibuat oleh urusetia mesyuarat tetapi ditanggung sepenuhnya oleh kami..setelah diteliti, rupanya ada bilik untuk kami..tapi layanan staff hotel bernama Syamil agaklah teruk dan tidak mesra pelanggan langsung..taulah ramai yang check in tp senyumlah sikit dan cakaplah dengan sopan..PR kan tu..

Sabar melayan kerenah reception, kami pun jalan kaki tarik beg pegi building blok 8 iaitu blok paling belakang..sampai bilik..juga sedikit hampa untuk caj RM160..hehe..should I or not..erm..
Living room with kitchenette, double bed and small bathroom..erm..
Lepas check in, encik hubby g bagi taklimat maka tinggallah ibu n Qoid melepak dalam bilik layan `Santau Merasuk' dan Qoid sibuk dgn Boboiboy..

Esok bgn pagi mulakan hari dengan breakfast di cafe hotel dan agenda utama..mandi pool!
having bfast with Ayah
Sgt seronok sbb takde orang di hari Jumaat
Kali ni ke Melaka bukan untuk melawat tempat bersejarah tetapi mencari tempat makan best! Next post..xoxo

NolynQoid

Comments

Popular Posts