31 December 2011

Selamat Hari Lahir Cahayaku

Assalamualaikum u'olls..

Hari ni ulangtahun kelahiran encik hubby Zainol Ariffin bin Ab.Lah Sani yang ke28..


Semoga awak terus dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rahmat dan perlindungan Ilahi, dipermudahkan segala urusan, sentiasa mendapat kegembiraan dan kebahagiaan dan semoga terus panjang umur..Lyn & Qoid Love U So Much..xoxo

NolynQoid

30 December 2011

Dinner @ Pak Ngah Sup Utara

Assalamualaikum u'olls..

Post tentang makan lagi..hihi..Dah lama mengidam makan sup..Dah 2 kali pegi tutup plak..Pak Ngah Sup Utara ni kedai biasa je kat tepi hway LDP menuju Puchong..Kalau tak silap, nama kampung, Kampung Kenangan..Terletak kat Jalan Masjid..Kena masuk ikut Shell tepi LDP tu..Buka Isnin hingga Sabtu dr jam 12.00 tgh hari-12.00 malam..Actually, encik hubby yang jumpa tempat ni..dan sekarang memang tempat feveret kitorang..

Encik Qoid sibuk main Angry Bird
Milo panas, nasi putih, telur dadar dan sup daging
yang spesel was Sambal Kicap..sedapnya takleh digambarkan dengan kata-kata..sedap makan ngan telur dadar..Sampai dua kali order
Sekarang Qoid gemar minum Milo mcm encik hubby..hehe..geng baru encik hubby..Kalau order air mesti dia yang sebut..Milo..

Makan kat sini murah dan sedap..Sanggup tu lepas Maghrib pegi makan malam kat sini..Ada macam-macam jenis sup. Rasanya memang tak sama langsung dengan Ani Sup Utara tu..So, kalau berminat boleh cuba..xoxo

NolynQoid

29 December 2011

Preggy

Assalamualaikum u'olls..

Tadi tgk gambar kawan yang sedang preggy kat FB..Ya Allah..Cantiknya dia..teringat zaman sy preggy dulu..langsung tak cantik..tak gorjes dan selekeh..bak kata encik hubby..balik-balik seluar tu..balik-balik baju tu..make up langsung takmau..tudung tak gosok pun takpe..haha..pernah ofismate tegur..nampak ko ni selebeh sgt lah Nda...haha
Preggy @ 4 months old
Preggy @ 6 month olds
Preggy @ 7 months old
Tunggu masa sempat pegi makan kenduri kawin..
Memandangkan sy menjalani pembedahan masa melahirkan Qoid dulu..terpaksalah berehat barang setahun dua lagi..(hehe)..Insya Allah, perancangan untuk menambah cahaya mata hanya akan dibuat setelah Qoid masuk umur 3 tahun..so..by da time umur dia 4 tahun dah ade adik dan diharap dia boleh jadi abang yang baik ;)

NolynQoid

27 December 2011

Dinner @ Subway

Assalamualaikum u'olls..

Last nite dinner @ our feveret place ~ Subway~ Nape feveret? sebab ada kupon free every month..haha..tapi malam tadi sedikit hampa sebab ~ kerana kupon itulah kami tak dapat kalendar plus kupon free for next year..huhu..kuciwa kene spend RM30 above utk dapatkan kupon tu..takpe..masih dlm misi mencari kupon free..haha

Subway @ Giant Kemuning
Meat
Veges
Our sandwich in da making ;)

Italian B.M.T & Subway Melt
Qoid dengan cookies
Selesai makan

Memang kalau malas..ni lah tempat kami terjah untuk dinner..nasib baik si Qoid jenis makan apa sahaja yang ibu n ayah makan..senang..Dah 2 3 kali mau pegi makan sup tapi kedai asyik tutup je..nti bila dah dapat makan sup+sambal kicap yang best tu saya upload k..xoxo

*ngidam makan pulut mangga tak dapat lagi :(

NolynQoid

23 December 2011

Dinner @ Manhattan Fish Market

Assalamualaikum u'olls..

Lama tak update sbb takde bahan..erm..hidup bz dengan naik turun tangga rumah, masak, makan dan tidur..Pagi esok masuk keje sampai petang then ulang perkara yang sama..Penat..Takpe..Minggu ni cuti 3 hari..boleh berpoya-poya dengan encik hubby dan Qoid sementelah bonus+gaji masuk ;)

Malam tadi, for da 1st time makan kat Manhantan Fish Market..Saje nak ubah selera..sebelum pegi survey dulu menu kat website dia..so far harga reasonable dan nampak menarik..So, decide ke Jusco Bukit Tinggi sambil shopping barang Qoid.


Qoid dapat air oren dalam gelas kecik..
Encik Hubby sabar menanti

Yang tak bestnye..sebelum semua makanan sampai..ni dah sampai dulu..hehe..tgk slip ni terus terperasan..banyaknya order..boleh abis ke agaknya..hehe..
Mushroom Soup..Marveles..tak mcm Pizza Hut


Coke utk Sy dan Hot Chocolate for hubby
Dory Fish n Chips Hubby
Qoid punye Fishing Net ;)
Spageti in the Sea Sy
Mud Cake..nak try Tiramisu tapi waitress kata tak sedap..yang ni sedap
Qoid with his meals.
Budak comot
Dah abis makan, pegi Jusco beli pampers dan susu..Sibuk juga nak bwk satu beg pampers macam orang dewasa sambil naik eskelator..budak bertuah..
Nak rehat puas-puas cuti hujung minggu ni dan tgh plan trip for hubby's besday this end of month..tp semua hotel fully booked..erm..semalam juga pegi interview Penolong Akauntan..the result tunggu je lah kan..klu ade rezeki Qoid..Insya Allah..xoxo

NolynQoid

21 December 2011

19 December 2011

Bowling Lagi

Assalamualaikum u'olls..

Gila Boling! haha..actually ni aktiviti keluarga..dah banyak kali plan tapi tak berkesempatan sebab masing-masing ada agenda.. tp lastly..tanpa proper plan dapat juga lah buat aktiviti ni cuti Sultan Selangor hari tu..and so suprised semua hadir walaupun Pakchik Esyam amik masa 1 game untuk sampai..adooii...



Booking 2 lane je dan kami main 2 game setiap sorang..hentam sajalah..huhu..oklah..aktiviti hujung minggu dan luang masa sama-sama

Manager
Manager sibuk pantau team


Tok Ayah tolong jaga bebudak

Big Apple nyummy
balingan champion...muahaha
x berapa champion..hihi

Manager buat final check.
  Lepas ni ada plan mau main boling lagi..tunggu semua org free..release tensen!xoxo

* Sejak 2 3 menjak ni macam2 hal berlaku..hmmmm...

NolynQoid




Suka-Suka Main Boling

Assalamualaikum u'olls..

Actually aktiviti ni dah lama..masa encik hubby pegi kursus kat Tanjung Tuan Regency, Port Dickson..Sy jadi bujeng sekejap..hehe..tinggalkan Qoid dgn Onny utk aktiviti jabatan..First time join sebab sebelum ni lebih suka balik umah jumpa encik hubby dan Qoid..kesian plak dengan ofismate dok ajak join dorang..Dengan izin encik hubby..pergilah sy ke Ampang Superbowl, Klang Parade pada 1 Disember 2011..

Sy team up ngan Emy dan Faiz..pakai kaler Pink..muahaha..berjaya paksa Emy n Faiz pakai Pink..wakaka..thanx sbb sayang akak adik-adik..keh..keh..(camne blh terpedaya)...
gambar kabur sbb download dr FB je..
Lama sgt tak main boling..so score pun yang ade..kira ni sesi warming up sbb sy terpilih wakil boling jabatan..hahaha..bolehlah..main suka2 dan sebagai tambahan SKT 2011..

Tempat ke3
Memandangkan encik hubby takde hari tu..sy bawaklah pom pom girl sy and pom pom boy..hahaha

Chinta Hati Sy
Insya allah akan all out masa game 24 hb nti..ade lagi citer boling pasni..kali ni sama family tercinta..xoxo

NolynQoid


14 December 2011

Redha Isteri..

Assalamualaikum u'olls..

Kadang2 bila kita lupa..pasti ade yang akan ingatkan..suami lupa..isteri ingatkan..isteri lupa..suami ingatkan..Indahnya hidup rumahtangga...saling ingat-mengingati..saling faham memahami..seorang isteri mesti dpt redha suami tapi redha isteri tak penting ke?

Bagaimana pula dengan suami? Adakah suami terlepas dari tanggungjawab mencari redha isteri? Sebahagian mereka yang bercakap atas nama agama terkadang mengeluarkan pandangan-pandangan yang berlainan dengan apa yang ada dalam Al-Quran dan Hadith, dua sumber utama agama yang suci ini. Contoh yang ingin saya kongsi bersama dalam tulisan ringkas ini ialah - adakah hanya isteri perlu berusaha mencari redha suami? Adakah suami-suami diberikan kekebalan dalam Islam untuk berehat dan meletakkan semua tanggungjawab ke atas bahu isteri dalam mencari kebahagiaan rumahtangga? Sudah pasti jawapannya tidak.

Dengan ringkasnya, kita dapati secara jelas bahawa Al-Quran menyuruh kedua-duanya (suami dan isteri) agar berusaha mencari kebahagiaan dan keredhaan Allah SWT. Tanggungjawab dibahagikan antara keduanya tanpa menzalimi sesiapa.

Begitu juga dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan contoh ikutan dan pesanan nasihat agar suami menjaga isteri dan isteri menjaga suami. Bahkan suami lebih diberatkan lagi kerana tanggungjawabnya menjaga isteri adalah sebahagian tuntutan agama. Rasulullah s.a.w. sendiri hidup dengan harmoni bersama isteri-isterinya - bercakap dengan baik, membantu kerja rumah, melindungi, bertanggungjawab, mengajar soal agama, mengajak beribadah bersama, tidak mengabaikan mereka dalam setiap situasi dan sebagainya. Adakah ini yang kita ingin ketengahkan apabila sebahagian kita asyik-asyik menekankan 'isteri kena layan suami' , 'isteri kena jaga hati suami'..tapi sebaliknya bagaimana? Inikah namanya beramal dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi?

Kita asyik bercakap bahawa terdapat hadith menyatakan bahawa di antara ciri isteri yang baik ialah 'apabila kamu melihatnya, dia akan menggembirakan kamu'. Mengapa kita tidak pernah terfikir tentang suami-suami yang apabila dilihat para isteri, mereka juga gembira? Mengapa perlu isteri sahaja yg menggembirakan suami? Adakah Rasulullah s.a.w. dan para isterinya begitu? Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w. menggembirakan para isterinya dalam pelbagai keadaan. Itulah suami sejati, bukan suami yang hanya melihat 'taatnya' isteri dengan isteri itu diam dan ikut apa kemahuan suami tanpa menjaga hati dan perasaannya.

Sudah-sudahlah kita bercakap dengan suasana berat sebelah sebegini. Islam adil dan meletakkan setiap perkara pada tempatnya. Islam membela nasib wanita dan lelaki dengan secantiknya. Mengapa kita pula yang berdakwah ke arah perbezaan yang menguntungkan lelaki dan merugikan wanita, atas nama agama?  

sumber : alitantawi.blogspot.com
Saya tidak sempurna...begitu juga dgn encik suami..tiada yang sempurna..ingat mengingati..tegur menegur dan faham memahami.. hati wanita umpama span..cepat terkesan dan terserap dengan kata-kata..dalam mencari redha..kadang-kadang kita lupa..kita hanya manusia biasa..yang tidak lari dr ketidaksempurnaan..

:) Sharing is caring xoxo

NolynQoid

08 December 2011

Aurat Dalam Islam

Assalamualaikum u'olls..

Hari ni mau share sikit pasal aurat ni sebab kebelakangan ini byk juga teguran di FB berkaitan aurat wanita..Cari punye cari akhirnya jumpa pamplet drpd Jabatan Dakwah JAIS untuk dikongsi bersama..


PENGERTIAN AURAT

* Aurat diambil dr perkataan arab `Aurah' yang bermaksud KEAIBAN.
* Dari istilah feqah, sebahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi dr pandangan.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Firman Allah SWT dlm surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kami tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu ; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "ahlul bait" dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)"

Firman Allah SWT lagi dlm surag Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

ASAS AURAT

Lelaki - menutup antara pusat dan lutut (pd setiap masa dan bersama sesiapapun)

Wanita - Menutup seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka :

*Aurat Ketika Sembahyang - menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

*Ketika Sendirian - Antara pusat dan lutut

*Ketika bersama Mahram - asasnya adalah antara pusat dan lutut tetapi dituntut menutup mana-mana bahagian yang boleh menaikkan syahwat lelaki. Ini perlu untuk menjaga adab dan tatasusila wanita demi menjaga kehormatan. Pakailah pakaian labuh dan longgar.

*Aurat ketika bersama bukan Mahram - perlulah ditutup keseluruhannya, longgar dan labuh demi m enjaga maruah suami (sekiranya telah berkahwin)

*Aurat di hadapan wanita kafir - menutup keseluruhan kecuali muka dan tapak tangan

*Aurat ketika bersama suami - Tiada batasan aurat (dalam keadaan tempat terlindung dr pandangan org lain)

PAKAIAN DALAM ISLAM

1. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

2. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh

3. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal,tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayang tubuh.

4. Diperbuat drpd kain yang tidak licin dan terlalu lembut sehingga melekat pada tubuh.

5. Tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang.

6. Tidak menyerupai pakaian lelaki

7. Tidak melambangkan kemegahan dan tidak berhias-hias dan ditambah haruman yang semerbak.

8. Tidak juga menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Insya allah..dalam proses dr hari ke sehari menjaga batas aurat dan hijab diri..Semoga sy terus mendapat hidayah Allah sebagaimana yang sepatutnya..xoxo

NolynQoid

05 December 2011

Qoid 1st Timer!

Assalamualaikum u'olls..

Again post dah nak basi..hikhik..bz @ opis dan kat umah..maklumlah..hujung tahun ini..so..ni officially 1st post for Disember..Aiyark! sekejap je dah abis setahun..tak sempat nak pejam celik pun sbb cepat sgt kan masa berlalu..lagi 27 hari dah abis tahun ni..

Post ni nak share for da 1st time bawak Qoid tengok wayang..Happy Feet  2..perlbagai perasaan bercampur baur utk ayah n ibu ni..How is it he will be behave dalam tu..mengamuk ke..menangis ke..takut ke atau over excited ke..huhu

Pagi Ahad tu dimulakan dengan Breakfast @ McD.. kegemaran encik Hubby..terbang RM20 for breakfast untuk Family Breakfast tu..tapi kenyang sampai tengah hari..

Lepas makan, terus g TGV untuk tengok ade tiket ke tak..dapatlah tiket early bird..tapi harga RM9..memang ye harga early bird gitu? Lama sgt tak tengok wayang..smpi harga tiket pun tak tau dah..



Lepas beli sebungkus popcorn dan sebotol mineral..masuk dalam panggung dan buatkan Qoid susu..hehe..umpan..while dia menyusu..show pun mula..dengan kagum+hairan+pelik dengan skrin besar giler tu..he's actually enjoy the show..sambil si Eric Happy Feet tu menyanyi dia pun sibuk sama menyanyi dan bertepuk tangan..belum lagi campur bersorak dan menjerit keriangan..hadooi..malu sekejap ibu n ayah...

Tapi menjelang 1/2 jam sblm show abis..encik Qoid tewas dengan kesejukkan panggung..haha..terus lunch di Kenny Rogers je..

Seronok dan puas hati tgk Qoid happy bersama ibu dan ayah..lain kali boleh bawak lagi pegi tengok wayang..yang penting..kami semua happy bila hari cuti dan dapat jalan-jalan..hehe..xoxo

*Jika Allah kata..itu bukan rezeki sy...xpe..sy redha tapi kalau rezeki org tu didapati dengan cara yang agak salah macam mana? Wallahuaklam :)*

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...