Jalan-Jalan Naik Komuter

Assalamualaikum u'olls..

Post dah nak basi dah sebenarnya.. Kejadian mengambil tempat pada hari Ahad lepas selepas selesai ke kenduri kawen di Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang..Encik hubby bosan dan suggest bwk Qoid naik tut..tut..(komuter)..Encik Qoid yang ke`mengantuk'kan, bila dengar je tut..tut..terus segar bugar..So singgah di Stesen Komuter Bukit Badak dan pilih mau ke Subang..boleh jalan-jalan ke Carrefour Subang dan Subang Parade..


Macam biasa..komuter mana pernah on time..haha..bad comment tp itu kebenaran kalau siapa biasa naik komuter..Bila komuter sampai, keterujaan encik Qoid terserlah..



Perjalanan pergi ok walaupun penuh..Mengenangkan encik hubby yang keseorangan, sy pilih utk naik coach bercampur..dan thanx to sorang mamat China yang bagi tempat duduk so that Qoid boleh enjoy the view..Suka betul dia..

Sampai di Subang terus ke Carrefour..saje pusing2 dan belikan Qoid mainan..suka dia dapat mainan doktor-doktor..Dia ckp nak jadi Doktor Qoid..oklah..boleh ubat ibu dan ayah :)

Kerana cuaca waktu itu hujan lebat, kami dah decide ke Kenny Rogers..minum petang..selesai..tunggu komuter again..tp kali ni mmg jenuh menunggu.hampir sejam komuter tak sampai..pelik bin hairan..apa yang menyebabkan delay..kalau naik flight pun tak delay sampai camtu..hadooi!


Kerana lewat sgt..maka umat manusiapun penuh lah..si Qoid pula dah mengantuk..sy pilih coach wanita sbb confirm dalam semua wanita.. Dengan mendukung Qoid yang sedang menyusu..maka bersesak-sesaklah sy dengan wanita-wanita lain masuk coach..Masuk dalam komuter pulak..penuh..tapi namanya je coach wanita dan dipenuhi wanita tapi wanita-wanita muda remaja ini semua tidak prihatin langsung dengan keadaan sy yang membawa seorang bayi seberat 10.5 kg..Terhuyung-hayang sy dalam train sambil bersandar pada tiang..Terasa amat sedih bila dilayan begitu..Gadis-gadis muda remaja sibuk bersms, bergelak ketawa di tempat duduk masing-masing tanpa menghiraukan keadaan sy. Ada yang tidur dan terjaga tapi kemudian buat-buat tidur balik..Sehingga tinggal 2 stesen barulah seorg gadis offer tempat duduknya pada sy..tp takpe..Qoid tak jadi tidur..lagipun sy dah nak turun..

Malang yang amat..perlakuan sebegitu berlaku dalam coach wanita yang dipenuhi wanita dan gadis Melayu..Tiada keprihatinan dan adab sopan..Di mana nilai kesopanan gadis Melayu..simpati dan belas kasihan..Zero..Iktibar utk diri sy..Semoga sy tidak menjadi seperti itu dan lebih prihatin serta berperikemanusiaan..Sy harap u'olls juga begitu..xoxo

NolynQoid

Comments

Popular Posts