Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Bengkel Penyelesaian Masalah

Assalamualaikum u'olls..
Hari Rabu lepas (23 November), sy mendapat lagi arahan tindakan serta merta mengikuti Bengkel Penyelesaian Masalah Jabatan di Hotel Premiere Klang..huhu (sendiri punye masalahpun tak leh selesai mahu kasi selesai masalah Jabatan..hadooi).. Tapi sy dengan jayanya dengan kerjasama Puan Penolong Pengarah dan Encik Penolong Pegawai Perancang Bandar dpt juga menyelesaikan masalah Jabatan dalam tempoh tak sampai 2 jam..huhu..
Tapi syukur..at least bertambah pengetahuan dan dapat bergaul dengan golongan professional..memajukan diri sendiri dan bersedia menghadapi apa jua arahan dalam tempoh singkat..dan kini mampu menyelesaikan masalah dalam tempoh singkat..Insya Allah..xoxo
NolynQoid





Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum u'olls..

Subhanallah..xoxo
NolynQoid

Jalan-Jalan Naik Komuter

Assalamualaikum u'olls..
Post dah nak basi dah sebenarnya.. Kejadian mengambil tempat pada hari Ahad lepas selepas selesai ke kenduri kawen di Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang..Encik hubby bosan dan suggest bwk Qoid naik tut..tut..(komuter)..Encik Qoid yang ke`mengantuk'kan, bila dengar je tut..tut..terus segar bugar..So singgah di Stesen Komuter Bukit Badak dan pilih mau ke Subang..boleh jalan-jalan ke Carrefour Subang dan Subang Parade..

Macam biasa..komuter mana pernah on time..haha..bad comment tp itu kebenaran kalau siapa biasa naik komuter..Bila komuter sampai, keterujaan encik Qoid terserlah..


Perjalanan pergi ok walaupun penuh..Mengenangkan encik hubby yang keseorangan, sy pilih utk naik coach bercampur..dan thanx to sorang mamat China yang bagi tempat duduk so that Qoid boleh enjoy the view..Suka betul dia..
Sampai di Subang terus ke Carrefour..saje pusing2 dan belikan Qoid mainan..suka dia dapat mainan doktor-doktor..Dia ckp nak jadi Doktor Qoid..oklah..boleh ubat ibu …

Birthday Esham @ Chop & Steak Kg. Baru

Assalamualaikum u'olls...
Actually, byk post tertunggak..haha..ke`bz'-an melanda..atau ke`lazy'-an..hehe..mcm2 nak share..tapi sebelum terlewat..again..HaPpY BiRtHdAy to my luvly brother - Hisham Che Lah yang ke20..huhu..my younger brother semua sudah makin berusia dan nampaknya sy kene simpan duit mau sponsor depa kawen plak...haha..bila tu?
Pada 19 November dengan tema hitam putih, kami berangkat ke Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang. Jalan agak sesak bila masuk jalan depan Dataran Merdeka..Restoren terletak bersebelahan Masjid Jamek Kg Baru..Birthday Esyam actually on 21 November..kerana kekangan tugas kami sambut in advanced..


Kebetulan malam tu, adalah sorang mamat with gitar kapok main lagu..terus request utk nyanyikan lagu besday utk Hisham..member tangkap terharu pulak dengan hadiah suprise kitorg..hahaha Selamat panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dilimpahi rahmat Ilahi dan dilindungiNya sentiasa..Semoga lebih matang seiring deng…

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum u'olls..

NolynQoid

MUET (Malaysian University English Test)

Assalamualaikum u'olls..
Bila memikirkan ekonomi keluarga..terus sy dan encik hubby memikirkan satu lagi peningkatan kerjaya..Takkan nak duduk di takuk lama je kan..takkan mau ada diploma je kan..hehe..macam mana nak suruh encik Qoid belajar pandai-pandai kalau ibu dan ayah hanya berpuas hati dengan diploma sahaja..So..akhirnya..we decide untuk sambung degree tapi bukan dlm masa terdekat..sebagai persediaan kami ambil MUET dulu sebagai syarat menyambung degree di universiti tempatan (UiTM)..
Maka, lepas daftar dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan yuran sebanyak RM60 seorang, dengan rasminya kami menjadi calon persendirian MUET. Peperiksaan pertama iaitu Speaking Test berlangsung pada 19 Oktober yang lalu..Maka juga..ber`habok'lah kami berspeaking London tempoh hari..haha..sejak keje gomen ni langsung jarang cakap omputih ni..Masa keje swasta dulu adalah hari-hari polish skills..almaklum..keje dgn berlainan bangsa ni..
Seterusnya utk Listening, Writing and Reading Test …

11-11-11

Assalamualaikum u'olls..
Tarikh 11-11-11 memang ditunggu kebanyakan orang..ada yang sambut hari lahir..sambut anniversary..dan yang special..mau diijabkabulkan pada tarikh ini..Alhamdulillah..pada tarikh ini sepupu cum classmate di kolej dulu dah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati..Kami dipaksa hadir pada malam nikah juga (haha..paksaan)..tapi seronok juga sbb dapat jumpa classmate dulu-dulu..hehe..skang keadaan sudah berubah dengan masing-masing datang bawak anak.hehe..
Tahniah kepada AyuMurni binti Zainuddin dan suami..

Menu malam itu pun best..ada macam-macam jenis kuih..Ayam Masak merah..Gulai Nangka..Acar Jelatah..kenyang makan..dan jumpa classmate lama..
Tak sempat nak bergambar dengan pengantin sbb pengantin makan dulu baru bersanding..tp ini budak sudah rasmikan pelamin tu..hehe..
Esoknya (12-11-11) lepas ke kenduri kawan hubby di Taman Melawati terus ke Dewan MBSA Seksyen 17, Shah Alam untuk majlis persandingan pula..Masa ni sempat bergambar dengan pengantin dan makan …

Wordless Wednesday #1

NolynQoid

Qoid oh Qoid

Assalamualaikum u'olls..
Qoid Rafif dah masuk 1 tahun 9 bulan hari ni..aiyark...sekejap je dah nak masuk 2 tahunla...hehe..rasa baru je buat birthday celebration dia..ni dah kene saving nak buat 2nd birthday celebration plak..haha..
Makin besar, makin nakal dan bijak..xpelah nakal pun..anak lelaki..aktiviti sekarang balik je rumah mau tgk upin ipin..bila dah boring kayuh basikal siap ngan loceng..dan the best part was sudah pandai mengira..dengan bantuan ayah..xpelah..ni proses perkembangan yang akan ibu dan ayah ingat sampai bila-bila...makan pun mesti baca doa makan dulu..dia akan tunggu semua orang sedia utk baca doa..klu tak..kene tegur..antara yang dah ditegur..Tok Ayah..PakNgah dan PakLang..allooo u'olls..pls behave...hehe..
Apalagi ye si Qoid ni pandai..hehe..pandai buang sampah lepas abis guna..suka makan sayur (naseb baik suka)..sudah kenal semua orang..and still cannot pronounce Ibu dengan betul..still called me Aaaa...bu dengan yakin..haha..apa-apalah Qoid...janji Qoid…

Dinner @ Serai Seksyen 3

Assalamualaikum u'olls..
Actually citer ni dah basi sebab dinner ni berlangsung pada malam selepas balik drpd Besut, Terengganu..Badan penat2 jalan jauh kan..so reward ourselves with makan besar..haha..so..taktau mau pegi mana..encik hubby decide ke Serai Thai Cuisine kat Seksyen 3, Shah Alam...
Layan gambar je lah ye..tetiba terliur dan teringin mau pegi lagi..hehe..





Total cost was RM80++..tapi tak abis pun makan..tapau dan reheat balik makan tengah hari esoknya..Tempat ni memang pilihan Che Lah's sekeluarga during events macam birthday celebrations ke..wedding anniversary ke..atau saje2 nak makan ramai2..last Oktober buat birthday celebration MIL kat sini..Harga reasonable..sedap dan puas hati..Encik hubby..bila mau pegi lagi? hehe..xoxo
NolynQoid

Balik Kampung & Aidiladha

Assalamualaikumm u'olls..
Lepas post cuti di Kuantan, now nak bawak u'olls balik kampung..hehe..setahun tak tentu sekali lah balik kampung Ayah ni..Cuma tahun ni memang kebetulan giliran sy beraya dengan family..so maka wajiblah Aidilfitri dan Aidiladha disambut dengan family sy..kebetulan juga giliran Ayah sambut Aidiladha kat Besut, Terengganu..
Selepas bermalam semalam di Kuantan, kami bertolak ke Besut jam 8.00 pagi..perjalanan menuju ke Besut agak perlahan sebab banyak kereta..memang tak boleh laju dan tak boleh kerap memotong..Alhamdulillah tiba di Besut lebih kurang pukul 3.30 petang..kira lamalah ni sebab perjalanan tu sama macam kami bertolak dari Klang tahun lepas..ini dr Kuantan..
Tiba di Besut, Terengganu kami terus ke Kg. Amir. Menginap di Homestay Seri Amer sebab umah nenek full house dengan pakcik makcik yang turut balik sambut raya..tambahan pula, Toki tak sihat..Sampai homestay..terkejut monkey sbb kami dapat banglo sebiji..huhu..berbaloi untuk RM580 3 mlm..Boleh…

Cuti-Cuti Kuantan

Assalamualaikum u'olls..
Selesai sudah Hari Raya Korban..so sempena Aidiladha yang lalu kami balik beraya di Besut, Terengganu. Tanah tumpah darah ayah tercinta..Jumpa Toki yang sakit n semput akibat lelah n Curious Case of Wo..(nenek)..haha..she wants to know everythings...(blh tak ckp gini)..haha..almaklumlah..setahun sekali pun tak tentu dpt jumpa cucu dia ni...Tapi sebelum ke Besut, kami menginap semalam di Kuantan..

Kami memulakan perjalanan menuju ke Kuantan jam 9.00 pagi..Semua berkumpul di Tol Gombak menuju Bentong..Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam dengan berhenti sekali di Hentian Rehat & Rawat Gambang..Kami menuju ke Sg. Isap Jaya, Kuantan kerana disanalah terletak homestay yang Puan Mama pilih sebagai persinggahan..Harga semalam RM140 sbb keluar awal pagi..


Sebelah petang bersiap ke Pantai Teluk Cempedak..kena mengharungi kesesakan bandaraya Kuantan baru sampai pantai..Hari mendung dan laut bergelora..Lastly..dok makan McD ramai-ramai tepi pantai je..huhu


Malam…

Sarapan di Umai D'Lake Cafe, Putrajaya

Assalamualaikum u'olls..
Ahad lepas kami bangun awal pagi sebab mau pegi breakfast kat Umai D'Lake Cafe, Putrajaya. Terletak di Monumen Alaf Baru sebelah Masjid Besi Sultan Mizan..Bertolak dr rumah lebih kurang jam 8.30 pagi dan tiba di Putrajaya jam 9.00 pagi..Sekali tgk kat pintu restoren `Akan Dibuka Jam 9.30 Pagi'..hampeh...hehe..nasib baik ade tasik..dok lepak amik angin ngan perut berkeroncong..




Semasa bfast..kami nampak cruise tasik lalu depan restoren.. apalagi budak 2 org ni..sibuk mau naik.. Memandangkan mmg takde plan apa-apa hari tu maka kami memandu ke Jeti Putrajaya utk naik Cruise.. Rezeki menyebelahi kami sbb dapat naik cruise jam 11.00 pagi iaitu Cruise Early Bird dengan harga RM15 seorang.