Keranamu Tuanku

Assalamualaikum u'olls..

Sihat tak? Sy sebenarnya baru baik drpd demam dan sedang recover..Demam tiba-tiba pd hari Jumaat lepas tapi alhamdulillah dah kembali sihat..

Sebenarnya..sy mendapat tugasan tindakan serta merta Khamis lepas..ke Majlis Keberangkatan YDP Agong dan Permaisuri ke Daerah Kuala Langat sempena Lawatan Kerja 3 Hari ke Negeri Selangor.. Maka..dengan baju merah makngahnya..sy naik bas ke Dataran Morib dalam cuaca hujan yang tidak berhenti sejak malam Rabu..Sampai di Dataran Morib..hujan masih lebat..dan kami meredah hujan utk ke tempat keberangkatan..

Gambar diambil dr dlm bas..
Kami masih menanti dalam hujan..sayangnya..tiada khemah yang mencukupi jika dibandingkan dengan lautan manusia di sana..habis basah baju, tudung n kasut tumit tinggi ku...huhu..klu tahu begini keadaannya..sy pki kasut sukan ke...hehe..

Hasrat melihat Tuanku dengan lebih dekat tidak kesampaian kerana kekangan cuaca dan lautan manusia..cuma ni je gambar yang dpt sy snap :


Selesai je Tuanku tiba..penuhlah dataran tu dengan manusia yang berebut-rebut mengambil makanan..ada macam2..kambing panggang..sate..soto..cendol tapi sy n rakan-rakan cuma dpt sepotong kambing panggang, semangkuk soto dan cendol serta 4 cucuk sate..huhu..makan sambil berdiri dalam hujan renyai..

Dah tiba masa nak balik..kasut sy yang basah dek air hujan tertanggal..huhu...sedey..dahlah jarang pakai..bila pakai habis hancur begini..semuanya kerana mau tgk Tuanku daripada dekat..


Melilaulah sy dan rakan-rakan mencari selipar..macam mana nak balik kan..ke surau mau pinjam pun xde..nampak pula penari kebudayaan yang ada sebakul kasut xtra tapi sayangnya..kedekut yang amat sgt..sy minta selipar buruk je..janji boleh jalan..lastly..muncullah seorang hamba Allah yang membahasakan dirinya Ibu memberi sy ini :


Betapa bersyukurnya sy dengan kemurahan hati beliau..Allah saja yang membalas keikhlasan beliau..beriya-iya dia suruh sy datang lagi ke situ jumpa dia..Insya Allah satu hari nanti sy cr Ibu semula..Jadi yakinlah dengan Rahmat Allah sbb Dia sentiasa ada untuk kita..Syukur..

Tiba di ofis..badan mula rasa seram sejuk dan kepala berat..mlm tu dah mula rasa tak sedap badan..the result esoknya adalah terbaring x boleh bangun dan Encik Hubby with Encik Qoid terpaksa menguruskan diri sendiri sbb superwoman dah terbalik..tapi tak lupa..thanx so much pada kak Hanis Imelda..Kak Atie n Kak Ila sebab tolong sy cari kasut nak balik..Jasamu dikenang..xoxo


NolynQoid

Comments

  1. sy pn tgh demam skang ni...musim kot....hehe..get well soon oke

    ReplyDelete
  2. musim kan ct..lemah je bdn..u take care juga k..moga kite cepat2 baik utk kembali jadi superwoman..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts