29 September 2011

Keranamu Tuanku

Assalamualaikum u'olls..

Sihat tak? Sy sebenarnya baru baik drpd demam dan sedang recover..Demam tiba-tiba pd hari Jumaat lepas tapi alhamdulillah dah kembali sihat..

Sebenarnya..sy mendapat tugasan tindakan serta merta Khamis lepas..ke Majlis Keberangkatan YDP Agong dan Permaisuri ke Daerah Kuala Langat sempena Lawatan Kerja 3 Hari ke Negeri Selangor.. Maka..dengan baju merah makngahnya..sy naik bas ke Dataran Morib dalam cuaca hujan yang tidak berhenti sejak malam Rabu..Sampai di Dataran Morib..hujan masih lebat..dan kami meredah hujan utk ke tempat keberangkatan..

Gambar diambil dr dlm bas..
Kami masih menanti dalam hujan..sayangnya..tiada khemah yang mencukupi jika dibandingkan dengan lautan manusia di sana..habis basah baju, tudung n kasut tumit tinggi ku...huhu..klu tahu begini keadaannya..sy pki kasut sukan ke...hehe..

Hasrat melihat Tuanku dengan lebih dekat tidak kesampaian kerana kekangan cuaca dan lautan manusia..cuma ni je gambar yang dpt sy snap :


Selesai je Tuanku tiba..penuhlah dataran tu dengan manusia yang berebut-rebut mengambil makanan..ada macam2..kambing panggang..sate..soto..cendol tapi sy n rakan-rakan cuma dpt sepotong kambing panggang, semangkuk soto dan cendol serta 4 cucuk sate..huhu..makan sambil berdiri dalam hujan renyai..

Dah tiba masa nak balik..kasut sy yang basah dek air hujan tertanggal..huhu...sedey..dahlah jarang pakai..bila pakai habis hancur begini..semuanya kerana mau tgk Tuanku daripada dekat..


Melilaulah sy dan rakan-rakan mencari selipar..macam mana nak balik kan..ke surau mau pinjam pun xde..nampak pula penari kebudayaan yang ada sebakul kasut xtra tapi sayangnya..kedekut yang amat sgt..sy minta selipar buruk je..janji boleh jalan..lastly..muncullah seorang hamba Allah yang membahasakan dirinya Ibu memberi sy ini :


Betapa bersyukurnya sy dengan kemurahan hati beliau..Allah saja yang membalas keikhlasan beliau..beriya-iya dia suruh sy datang lagi ke situ jumpa dia..Insya Allah satu hari nanti sy cr Ibu semula..Jadi yakinlah dengan Rahmat Allah sbb Dia sentiasa ada untuk kita..Syukur..

Tiba di ofis..badan mula rasa seram sejuk dan kepala berat..mlm tu dah mula rasa tak sedap badan..the result esoknya adalah terbaring x boleh bangun dan Encik Hubby with Encik Qoid terpaksa menguruskan diri sendiri sbb superwoman dah terbalik..tapi tak lupa..thanx so much pada kak Hanis Imelda..Kak Atie n Kak Ila sebab tolong sy cari kasut nak balik..Jasamu dikenang..xoxo


NolynQoid

28 September 2011

Pesanan Buat Lelaki :)

Assalamualaikum u'olls..

Saja mau kongsi sesuatu yang indah..Lelaki dijadikan Allah sebagai pelindung..penyelamat dan Imam..Alhamdulillah sy telah dipertemukan dengan lelaki yang menepati kriteria tersebut..my beloved encik Hubby :)


Wahai makhluk yang bernama lelaki..Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu :
  • Bawalah dia ke jalan Allah
  • Nasihatilah dia dengan penuh hikmah
  • Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah (encik hubby penegur yang baik..huhu)
  • Jagalah dia dengan sepenuh hati
  • Kasihanilah dia seadanya
  • Lindungilah dia sebaik mungkin
  • Berikanlah kasih sayang kepadanya setulus sanubari
  • Hargailah dia selayaknya
  • Ucapkan terima kasih atas kelebihan dan jasa-jasanya (he always did)
  • Bersabarlah dengan tingkahlakunya (encik hubby seorg penyabar)
  • Terimalah dan redha dengan kekurangannya (have I? hahaha)
  • Jadilah Imam yang terbaik dalam membimbingnya (he did it excellent)
  • Ampunkan dan maafkanlah dia atas setiap kesalahannya..
sumber : pakarHowTo 
 
Semoga dia menunggu kamu di Syurga sebagai Ketua Bidadari (this one I like so much..Insya Allah)..xoxo

 NolynQoid

21 September 2011

Raya @ OSC

Assalamualaikum u'olls..

Mood raya masih ada ke? hehe..dah masuk 23 Syawal dah ni..macam mana sekejapnya Ramadan Al-Mubarak..lagi cepatlah Syawal berlalu..

Actually, semalam..team OSC buat jamuan raya..memandangkan hari-hari akan datang akan dipenuhi dengan kursus dan mesyuarat-mesyuarat..sayangnya..atas sebab kesihatan ayahanda tercinta, Faiz Razali tak dapat join..Semoga Pakcik Razali kembali sihat..So..concept raya kami Pot Luck..maka muncullah pelbagai jenis makanan.. kebanyakannya western food..jap..jap..sy bwk roti jala n kari ayam (thanx puan mama)..hehe

Kepelbagaian juadah..Thanx all 4 supports..
sesi yang paling disukai..

Terima kasih daun keladi..tahun depan kita buat lagi..yang lagi best..haha..ada agenda tersembunyi..hehe..SELAMAT HARI RAYA..xoxo

NolynQoid

Jangan Bersedih Sayang

Assalamualaikum u'olls..

Sekadar mahu berkongsi..

Siapa yang tidak ditimpa masalah kan..semua org ada masalah..Tetapi Allah turunkan ujian dan musibah itu pasti bersebab..Contohnya, duit habis entah kemana mungkin kerana duit itu kurang berkat untuk kita..maksudnya..mungkin sewaktu bekerja..kita curi-curi tulis blog (erm..), main FB, atau mungkin berbual-bual..keluar minum..shopping..sedangkan tempoh 8 jam itu diamanahkan Allah untuk bekerja..Jadi mungkin duit yang habis tanpa dapat dikesan perbelanjaannya itu berpunca drpd kita dan ujian yang datang dr Allah..maka..terimalah seadanya..

Musibah terus datang dan datang lagi..Sabarlah..itu ujian dari DIA..mungkin..ujian itu datang sebagai balasan kerana berkasar dengan encik suami atau puan isteri tempoh hari..atau mungkin..memarahi si kecil tanpa sebab..ataupun kerana kekasaran percakapan terhadap ayahanda atau bonda tercinta tanpa sedar..ataupun mengguris hati teman sepejabat..jadi DIA turunkan musibah kecil dan ujian kecil untuk kita..Jadi..berhentilah merungut dan terimalah segalanya dengan redha..sekurang-kurangnya musibah itu terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan mereka ini :-



Allah Lebih Tahu dalam setiap Hal..kecil atau besar..rumit atau mudah..Hanya DIA yang tahu secekal mana hati hambaNYA utk diduga..Allah tidak menguji hambaNYA dengan sesuatu yang tidak dapat kita tanggung atau hadapi kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

Semoga sy juga akan jadi lebih tabah dan sabar menghadapi dugaan dan ujian Allah..Semoga sy lebih bersyukur dengan setiap kurniaanNya walaupun sedikit dan semoga sy dpt merubah diri sy menjadi lebih baik..Sama-samalah kita hadapi segalanya dengan ketenangan dan kesabaran..serta jgn berhenti berdoa..xoxo



NolynQoid

15 September 2011

Mode :(

Assalamualaikum u'olls...

Berita sedih yang baru sj diberitahu oleh encik hubby, Si Comel dah mati :(

Oleh kerana encik hubby berkursus dan sy tinggal di rumah mama..maka..tinggallah ikan-ikan ini menjaga diri..ingat kan dah ok..tp br kene tinggal 2 hr..akhirnya hari ini..dia mati juga..

Menurut encik hubby yang baru tiba di rumah jam 2.15 petang tadi..ikan tu dah kembung..sian dia..sia-sia je kuarantin kan dia..xpela..nak buat macam mana kan..hajat di hati mau beli ikan emas berkaler hitam masih tak kesampaian..nampaknya memang kene beli lah ni...xoxo

*kenyang sepanjang 2 minggu ni during lunch hour memenuhi undangan beraya..x sempat  mau berpuasa enam sbb wajib memenuhi undangan..

NolynQoid

13 September 2011

Tercabut Ekornya!

Assalamualaikum u'olls..

Mau kongsi sikit tentang si comel yang telah tercabut ekornye..hehe..actually seekor ikan emas encik Qoid telah tercabut ekornya atas sebab yang tidak diketahui..

Citernye begini..pada hr Ahad yang lalu, selepas kenyang dengan juadah2 rumah terbuka..sy jenguk2lah 4 ekor ikan emas dlm akuarium..niat di hati nak bagi makan..tetiba rasa mcm kurang seekor..takkanlah hilang kan..cr punye cr jumpa ia tersepit di celah-celah pokok hiasan..erm..camne blh tersepit sy pun x tau..panggil encik hubby untuk alihkan ia..tp yang sedih tu tengok ekornya yang cantik tu dah xde..

Tindakan drastik encik hubby telah meng`kuarantin'kan anak ikan ini..tapi kesian tgk dia..x blh berenang dan senget je..makan pun x boleh..




Harap-harap cepatlah ekornya tumbuh semula..blh join ikan lain berenang keriangan..menurut sumber yang sah (encik hubby ler..hehe)..ekornya dah tumbuh sikit dan blh berenang n stay still..will update soon the progress ok..xoxo

*encik hubby pg kursus 3 hr :(

NolynQoid

12 September 2011

Hadiah..Hadiah..Hadiah..

Salam u'olls..

Tajuk camni maknanya..ade hadiah utk semua orang..aip...jap..jap..bukan utk u'olls..tp untuk sy..encik hubby n Qoid..hehe..

Sebenarnya..encik hubby dpt imbuhan hasil titik peluh selama lebih 3 tahun berkhidmat dgn kerajaan..so..dengan gumbiranya beliau mengeluarkan KWSP beliau dan dgn rasminya beliau bergelar pekerja kerajaan yang memegang status berpencen..weee..lama lagi tu mau pencen..smpi umo 56 tahun..ada lagi 28 tahun mau berkhidmat utk negara..wakaka..selamat berjaya..hehe..

So, pd 2 Sept..beliau ke KWSP Shah Alam dan menyelesaikan segala borang-borang yang patut untuk pengeluaran dan penutupan akaun..Pegawai berkenaan memaklumkan bahawa permohonan akan selesai dalam tempoh 3 minggu..maka tunggulah dengan penuh sabar..Tetapi kerana keefisienan KWSP..maka permohonan tersebut telah selesai selepas 3 hr..maka..PAKCIK ZAINOL KAYO!!!

Selepas melangsaikan segala hutang-piutang..maka pd malam khamis lalu kami enjoy!!

nyummy..lama bgt x makan bak kata encik hubby
disebabkan pegi berfoya-foya pd malam khamis..dapatlah encik Qoid naik benda alah ni..klu hr minggu..confem x dpt..

lepas makan ke harvey norman..tujuan utk mereward dr sendiri..tgk tu encik hubby sedang bernegotiate ngan minachi tu utk harga murah..wakaka..while encik Qoid sibuk memilih katil..aiyark..katil ferrari tu..

reward for himself
reward utk sy n Qoid..tp encik hubby ade bg reward yang lebih lagi utk kami..cuma sy tak sempat belanjakan lagi..hehe..kan best tiap-tiap bulan macam ni ;p

Alhamdulillah dengan rezeki ini..duit lebih sudah disimpan utk plan-plan yang telah diatur..berbaloi gak ah hasil titik peluh ni kan..hehe..tp bak kata encik hubby..pas 3 tahun br dpt beli ipod..haha..lama giler kumpul duit..tapi apa salahnya kan..sekali-sekala..until next post..pasal ikan again..erm..napa ye..xoxo


NolynQoid

07 September 2011

Salam Aidilfitri di Wajah Baru

Salam u'olls..

Lama tidak berblogging..hehe..tiada masa dan terlalu sibuk mencari design yang cantik utk new look..Selepas pening dan tensen meng-apply berbagai jenis template utk blog ini..lastly..amik jalan mudah pki je template designer yang ade ni..walaupun suda download GIMP 2.6 la...Photoscape la..tp jenuh nak men-design.. dengan encik Qoid yang sentiasa sibuk while ibu bz berFB dan men-design..so..lastly..jawapannya yang ado...haha..kene menuntut ilmu lagilah gamaksnya utk mencantikkan blog ini..one day..

Salam Aidilfitri..belum lambat kan nak ucapkan selamat kepada sume yang sudi singgah di sini..Maaf di atas ketelanjuran kata dan ketidaksenangan sekiranya terdapat ayat-ayat yang menyinggung kalian..

Aidilfitri tahun ini disambut pada 30 Ogos 2011..puas bercuti sbb cuti bersambung kan...lama tak cuti panjang..jd..3 hr diperuntukkan utk berjalan sakan..while selebihnya lepak di rumah dengan encik hubby dan Qoid..Tahun ni giliran sy beraya di Kampung Kuantan, Klang tapi tengah hari tu dah ke rumah MIL di Teluk Pulai..naseb baik dekat..hehe.. 

yang paling enjoy raya ini

wajah kesayangan kami

kami

sy..hubby n Qoid <3

Raya tahun ini keluarga Che Lah pakai kaler coklat..kebetulan..sy, adik n maksu pakai pink.. so tema yang menang tahun ni PINK..tak byk gambar yang snap..insya allah..nti buat rumah terkopek kami jemput n amik gambar banyak-banyak...


SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN.. xoxo


NolynQoid

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...