20 August 2011

Making Da Best

Salam u'olls...

Bulan-bulan pose ni mood sikit terencat..lemah..letih dan tidak bermaya..tp syukur Alhamdulillah sehingga kini (Ramadan ke20), pose kami sekeluarga cukup lagi...hehe..



Actually blog sy under construction..mau cantikkan blog tapi memakan masa sikit..so..post tetap akan ade..tapi dlm suasana blog yang agak plain n tunggang langgang..

Sepanjang 20 hari puasa ni..dh banyak kali juga kami berbuka di luar..antaranya di Bandar Botanic Club (thanx to Mr Ananda : developer Bandar Botanic), Serai Thai Restaurant (belanja family sbb bonus..hihi), berbuka dengan besties (Seally n Family @ Pizza vs Satay during Nuzul Quran)..yesterday di Premier Hotel Klang (Thanx to WCT Land) and Monday next week invitation from Ganda Anggun @ Concorde Shah Alam..and for mama's n ayah's wedding anniversary..cadangan adalah ke Intekma Resort Shah Alam..lagipun during that time promotion buffet kaw2 punye..hehe..kat bawah gambar2 tempat berkenaan..sygnya..tiada gambar during break fast kerana kesuntukan masa mau mengambil gambar..plus encik qoid yang sibuk makan juga..hehe

Bandar Botanic Clubhouse
premier hotel

Serai sec 3

pizza vs satay usj11
 until next post n hopefully new look..xoxo

NolynQoid

09 August 2011

Teguran Berhemah Encik Hubby :)

Salam u'olls..

Beberapa hari yang lepas..terima emel drpd encik hubby tentang wanita melayu akhir zaman..dan tujuan beliau menghantar emel itu mengandungi makna tersirat rupanya..Beliau mahu menegur sy dengan berhemah ataupun mengingatkan sy tentang tanggungjawab sy sebagai wanita muslim dan isteri beliau..Thank u encik hubby for sharing dan tegur sy secara berhemah..huhu

jgn pakai baju kurung yang jarang dan menampakkan warna kulit..setakat ini tiada..dan harap-harap tidak berlaku

amik gambar jgn gediks..

kene pakai baju yang menutup punggung..ini yang encik hubby dok tegur sy..selalu pakai jeans atau tracksuit n tshirt yang agak ketat..terjojol bentuk punggung dan nampak line seluar dlm..org2 lelaki dok tgk punggung sy..encik hubby nak marah lelaki-lelaki itu x blh sbb dia sendiri tak marah sy..hehe..so..beliau telah bersuara..maka wajiblah sy mengikut nasihat beliau.

legging..sy ade pakai ms mandi pool..blh tak encik hubby..huhu

tidak buat...

harap-harap xde ah sy begini..nampak lurah tut...

say NO to Legging!

erm..camne mau komen..mau berfesyen tapi kene bataskan sbb encik hubby dah tegur..
Sebenarnya banyak lagi yang encik hubby forwardkan..mayb utk post lain..Sebagai seorang isteri..adalah wajib utk sy menjaga maruah diri, maruah encik hubby dan kerukunan rumahtangga..pesan encik hubby..berpakaian seksi blh tapi hanya utk beliau (ececece)..bersolek dan berwangi-wangian di rumah..pakaian sy, beliau minta dilabuhkan dan dijaga adab berpakaian..Baik..sy yang menurut perintah ;)..xoxo

NolynQoid

03 August 2011

Kejayaan di Bulan Barakah

Salam u'olls..

Post ni mau share tentang kejayaan encik hubby berenti smoking..hehe..masuk Ramadan ni..dah 3 tahun encik hubby berhenti merokok..haha..1 kejayaan besar tu..Well done dear..

Sy anti perokok sebenarnya..pernah masa baru berkawan ngan encik hubby sy ckp..`klu bf sy hisap rokok cam ni confirm reject'..wakaka..org kata ckp siang pandang2...akhirnya kerana cinta (huhu)...sy redha je lah bercinta dengan perokok..hehe..tp encik hubby dulu klu merokok xdelah membahayakan sy (ye ke)..kiranya sy ni perokok pasif ah..amik asap je..hihi..

Tp Alhamdulillah..pada Ramadhan 2008, terbuka lah pintu hati seorang perokok untuk berhenti menjadi perokok..mungkin kerana memikirkan risiko yang bakal dihadapi oleh diri sendiri dan org tersayang..Jadi..beransur-ansurlah encik hubby kurangkan merokok..menjauhkan dr drpd kawan-kawan perokok dan buat aktiviti luar..

encik hubby dah tak buat dah semua ni..wiiii
aktiviti encik hubby selepas berjaya berhenti merokok

setakat ni beliau dah ride ke Penang n Kuantan..sekarang suda slow sbb ade encik Qoid ;)
Sekarang ni pun encik hubby byk menghabiskan masa dengan membelek moto beliau..erm..ok ah tu kan..aktiviti sihat..So..encik hubby..Tahniah kerana berjaya sehingga ke hari ini..Terima kasih sbb menyayangi kami dan diri anda..Semoga kita semua peroleh kesihatan yang baik dan dijauhi drpd penyakit..amin..xoxo


NolynQoid

01 August 2011

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan

Salam u'olls..

Salam Ramadhan al-Mubarak..Alhamdulillah..bertemu lagi kita dengan Ramadhan kan..dan semoga kita beroleh sejuta rahmat dlm bulan mulia ni..Alhamdulillah juga sbb sy dan encik hubby dpt menunaikan ibadah ini bersama sekali lagi..cuma syg..tahun ni masih x berpeluang mengerjakan tarawih sbb Encik Qoid masih kecil..encik hubby sorang je ke masjid..Insya Allah, ade rezeki nanti kan..

Post ini juga mau berkongsi upacara sambut Ramadhan kami..hehe..Actually, Sabtu lepas kami sepakat menyambut Ramadhan n buat makan-makan kat umah nenek dan atuk..semua ada..Che Lah n Co..sy n family..adik n family..Paksu n Co...MIL n jiran tetangga..

Tema malam tu ialah BBQ.. Antara menu malam tu yang penting dan istimewa...Ikan Bakar ala Sekinchan Ikan Bakar (thanx to Maksu)..Ayam Bakar n Nasi Goreng (Mama's Secret Recipe :p)..Mashed Potato n Coleslaw (resepi sy br belaja petang tu..laku oke..huhu)..Air tebu fresh dr kebun atuk..Agar-agar Gula Merah (Nenek's recipe)..n special of coz..serawa durian ngan roti...So..mlm tu mmg makan besar punye..semua mengerah tenaga dan bergotong royong menyediakan hidangan...


Nenek n atuk bz keluar masuk

dah start dah

Maksu with her secret recipe..marvelles

Encik Qoid sibuk cuba buat `peace' tp x jadi..hahaha

Arianna Hani buat `peace'

mama, khairul n shah..tahan nafas

encik hubby tahan nafas :p

ayam bakar..n ikan bakar

meja juadah 1

buat2 sibuk n xmo pandang kamera..wakaka

nyummy

meja juadah 2
aktiviti makan-makan
Sikit je gambar yang boleh diupload sbb sy x sempat snap gambar kerana Encik Qoid suda mengamuk mau susu..while encik hubby sibuk dengan tugas bakar membakar..Alhamdulillah..hidangan yang banyak habis dimakan dan yang seronoknya..kami dah lama tak berkumpul...Ini lah masanya mau berjumpa dan berkongsi cerita..Penat mmg penat tapi kerjasama yang kukuh memudahkan urusan kami..sepakat membawa berkat..By 10.30 pm semua dah selesai dan siap berkemas...Insya allah ada rezeki tunggu raya pulak utk berkumpul..best!best!xoxo

NolynQoid 


Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...