TheBabyStore

05 July 2011

Kebaikan Kurma, Kismis dan Madu

Salam u'olls..

Hari ni mood agak baik dan bersifat kedewasaan..haha..kenape eh..huhu.. Sy mau berkongsi sikit tentang kebaikan kurma, kismis dan madu.


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah  s..a.w 
 "Berilah makan buah kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Insya Allah..
 
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin 
Amat baik diamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan proses bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi (tahnik). Sy mengamalkan ini tapi tiada rezeki mau bersalin normal..Allah sahaja yang tahu RahsiaNya. Jangan risau tentang kencing manis. Jauhi makanan manis yang lain.
Nabi Muhammad SAW bersabda:  
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: 
 "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".
 
Abu Abdillah a.s. bersabda:  
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
 
Abu Abdillah as. bersabda:  
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
 
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".  

Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda:  
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
 
Imam Ali a.s. bersabda: 
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
 
Imam Ali a.s. bersabda:  
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
 
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa". 

Alhamdulillah..sehingga ke hari ini sy dan encik hubby telah mendidik Qoid memakan kismis dan syukur, beliau mempunyai minda yang cergas dan jarang didatangi penyakit. Kismis yang biasa sy berikan adalah kismis hitam.


Madu adalah sejenis pemanis monosakarida seperti fruktosa dan glukosa dan rasa manisnya hampir sama dengan rasa manis dari sumber pemanis gula granul.[1][2] Ia mempunyai sifat kimia yang atraktif untuk tujuan pembuatan roti, kek dan biskut, dan mempunyai rasa yang cemerlang dan menarik sehinggakan ramai pengguna madu mengatakan madu lebih manis dari larutan gula pekat dan lain-lain bahan pemanis.[1] Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup dan membesar dalam madu kerana ia mempunyai aktiviti air yang rendah kira-kira 0.6.[3] Kerana itu madu diklasifikasikan sebagai makanan yang lambat rosak dan hampir tidak rosak atau tidak basi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
 "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda:  
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
 
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:  
"Rasul saw sangat menyenangi madu".
 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: 
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". 
 Sumber :Wikipedia dan emel drpd encik hubby

Khasiat madu tidak perlulah disangkal lagi.. Ayah sy hingga kini mengamalkan memakan madu setiap pagi sebelum sarapan dan Alhamdulillah kesihatan beliau baik...
Sedikit perkongsian menuju alam kematangan..xoxo
 
 NolynQoid

2 comments:

  1. alhamdulillah la time pegnen suke mkn kismis n kurma...tp xmkn madu sbb org kate pns...tp adam n en hubby duk mkn madu tiap2 pg...

    ReplyDelete
  2. baguslah tu kan ct..harap2 berterusanlah amalan ni..mencegah lebih baik drpd mengubati..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~