28 June 2011

Kenapa Anak Selalu Demam

Salam u'olls..

Sekarang ini cuaca agak tidak menentu kan..Mungkin sudah semakin dekat dengan Ramadhan..Sakit badan dan demam-demam perkara biasa sewaktu musim begini..Diharap kita diberi kemudahan menjalankan tugas harian..Amin..

Sebenarnya, masuk hari ni dah dekat 5 hari anak buah sy Nur Arianna Hani demam..kejap kebah, kejap demam balik..dah 2 3 klinik pegi dapatkan rawatan tapi masih begitu..Jangan cakaplah berurut..minta air penawar..semua dah..kesian dia..Dia ni kalau sakit memang teruk..lemah je..pernah beberapa bulan dulu, masuk ward..


ni gambar masa kat ward

kakak kalau sihat..comey!
Qoid ms demam umur 3 bulan..skang takmo pakai cool fever dah..

Mcm mana nak atasi kanak-kanak kerap demam ni? Sy jumpa sesuatu untuk dikongsi..Harap-harap bermanfaat untuk kita semua..

Apakah itu demam?

" Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan.Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.

Apakah suhu badan yang normal bagi seorang bayi?

Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar. Sebab itu jika anda perasan, bayi kebiasaanya akan mempunyai badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah Celcius pada waktu petang.

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?

Apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan bayi tersebut meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif, masih mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu dirisaukan sangat. Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan, meragam dan sukar untuk ditenangkan maka bawalah bayi untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75%). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia 3 tahun.
Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang 5 minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang meronta-ronta.

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah merawat demam :

* Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2 bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.

* Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).

* Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

* Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula . Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

* Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda - biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

* Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

* Jangan biarkan anak anda kelaparan - bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.
sumber : sihatselalu.com.my 
 



   Harap-harap anak-anak kita akan sihat sentiasa dan ceria menjalani kehidupan indah mereka..Sebagai ibu n ayah, kita hanya mampu berusaha memberi yang terbaik dan sesungguhnya DIA lebih Mengetahui..xoxo

26 June 2011

Dinner @ Ban J

Salam u'olls..

Malam ni kami try makan di sebuah restoren terletak kat Tadisma Harta, Sec 13, Shah Alam..Pusing punya pusing..terus decide ke Ban J Fried Kuetiaw..sebelah dgn Killneys..So..dok kat luar amik angin malam..huhu..lama tak makan kat luar sbb encik Qoid perlu dididik mencintai rumah..so..mlm ni kesian plak kat dia..bawalah jalan-jalan..

menu ban-j..ade mcm2..tp x byk pilihan sgt

interior kedai

Qoid with apple jus

char kuey tiaw encik hubby..kureng....

fried kuey tiaw..:(
dinner kami mlm ni..total RM19.30

Qoid menikmati hidangan

Bg Qoid sedap kot..Bg ibu n Ayah..Baik g makan char kuey tiaw kat kedai Seksyen 7..huhu

So, moral of da story..tak semestinya kedai tu terletak di kawasan  yang gah..so makanan dia akan gah..haha..harga memang gahh tapi rasa..yang adooo..so..xkan return visitlah..senang je kan..lain kali mau cuba kedai deret dia plak..esok..makan kat umah..huhu..xoxo

NolynQoid

23 June 2011

Ada Apa dengan Seth Tan

Salam u'olls..

Nampaknya tajuk ini akan membuatkan peminat-peminat Seth Tan tertanya-tanya..haha..sy bukan anti Seth Tan dan sy juga bukan peminat drama Nora Elena..

Nora Elena telah jadi satu fenomena selepas Nur Kasih..Sebenarnya banyak drama Melayu kat Malaysia yang typical begini..maksud sy..semuanya sama..mula-mula x suke..tetiba tersuke..Kahwin..ada masalah dalam rumahtangga n yet..happy ending..Sy tidak mengikuti Nora Elena kerana x sempat dan sibuk menguruskan rumah (haha..kunun..)..Kdg2 sempat juga tgk.. 

adaptasi dr novel ini..sold out oke!



Kebanyakan komen tentang drama ini lebih kepada kekacakkan..kesempurnaan dan keperibadian Seth Tan..hehe..x perlulah dinyatakan di sini sebb semua org dah tahu..Tapi encik hubby sy lebih oke kot drpd Seth Tan..hahaha..mestilah sy puji encik hubby sy kan.

Sy seorg yang agak cepat marah dengan keadaan yang agak kusut dan tertekan..tp encik hubby seorg yang penyabar dan selalu bercakap dengan nada lembut..hehe..kdg2 sy yang cakap kasar ngan dia sbb sy outspoken..sian dia..tapi dia tak pernah marah..sorry dear..Encik hubby juga seorg yang romantik even tak pernah dpt bunga dr dia (adalah sekali once dia balik dr Cameron Highlands) tp byk gak perkara romantik yang dia pernah buat such as letak patung Silverster besar dlm bonet n suh sy check bonet..(suprised oke), belikan mashi maro besar kaler pink n suka minta pandangan sy dlm apahal pun..yang paling best..encik hubby xleh sorok rahsia pun dr sy..haha..ni i like..sy akan tau juga wlupun dia cuba sorok..hehe

Apapun, encik hubby x sama langsung ngan Seth Tan yang hanya rekaan semata-mata..tapi masih ade dan mungkin ade lelaki sebaik Seth Tan..cukuplah dengan encik hubby sy..xmo yg mcm Seth Tan..Sy bersyukur tinggal di bawah lindungan dan jagaan beliau wlupun kekadang sy yang jaga beliau..wakaka..


Dear encik hubby (u know who u are)..terima kasih atas segala kesabaran, ketenangan dan cinta yang anda berikan kepada rumahtangga kita..sy hargai setiap detik waktu dengan anda..dan sy akan terus cuba sedaya upaya utk menjadi yang terbaik dan terindah dlm hidup anda..xoxo

22 June 2011

KUSUT! Sy Perlu Rehat!

Salam u'olls..

Taktaulah kenapa minggu ni menjadi minggu yang amat memenatkan..belum hari Khamis lagi tp sy rasa kusut sgt..serabut dan terus-terusan rasa penat dan letih..

Yang peliknya di opis saje begini sbb suasana di rumah agak tenang..sy dpt balik masak sebelum Maghrib dan selepas solat maghrib sudah dpt berehat bersama Encik hubby n Qoid.. Mungkinkah semuanya kerana ini :-





Tak tahu apa sy mau buat dengan semua ini..Rasa macam mau campak semuanya ketepi dan biarkan meja saya bersih..dengan Audit 5S lagi..huhu..Tension!! Bilalah sy blh amik cuti dan berehat di rumah..tp bila memikirkn balik drpd bercuti keje makin bertambah..entahlah..tp bila lihat ini hati sy terubat sgt :-


hehe..semoga dia akan terus mengubat hati Ibu..dan semoga dia jadi anak soleh, beriman, beramal dan menyayangi insan-insan di sekelilingnya..Amin! Ibu Sayang Qoid..xoxo

21 June 2011

Mau Cuti Lagi!!

Salam u'olls..

Ntah kenapa pagi ni tetiba dtg mood mau cuti..mayb sbb pagi tadi encik hubby tetiba mengajak berehat di mana-mana hotel untuk 1 malam..mandi pool n having bfast together..lamanya tak buat begitu..haha..

And lagi satu hobi sy adalah melihat-lihat Booking.com yang mana membolehkan sy membooking mana-mana hotel hanya dengan satu klik.. (ni klik n masukkan no. kredit kad encik hubby..n corfirmed..i like..hahahaha)

Sejak ke Sabah tempoh hari..seriously sy suda terpikat dengan keindahan Sabah..terutama pulau-pulaunya..jadi ade plan untuk our next anniversary..kami mahu ke Sipadan atau Mabul Island..atau klu budget tidak mengizinkan mungkin ke Redang sahaja..Syioknya..sy rindu mau bercuti!






Cantik kan..Insya Allah, satu hari nanti sampai juga di sini..xoxo

20 June 2011

Doa dan Panduan Melembutkan Hati Anak

Salam u'olls..

Sejak akhir-akhir ini banyak kita dgr gejala tidak sihat yang berlaku di kalangan anak-anak sekarang..Risau sy memikirkan bagaimana mahu mendidik Qoid menempuhi kehidupan realiti yang serba mencabar ini.. Bersepah di shopping complex anak-anak muda yang mungkin baru berusia belasan tahun bercampur gaul lelaki dan perempuan..pakaiannya..Kadang-kadang sy terfikir..apakah peranan ibu dan ayah anak-anak ini dalam menentukan dengan siapa mereka berkawan dan pakaian apa yang mereka pakai..Kalau nasi sudah menjadi bubur kan x ada gunanya..Gusar hati sy..

sedih sy tgk anak-anak ini (sumber : google pics)

Sebenarnya ibu ayahlah yang mencorak anak ini..Jika anak-anak ini mengikut tindak tanduk teman-teman bermakna ibu ayah telah tewas kepada teman jahanam ini..Dunia semakin maju dan pelbagai kemudahan dapat diperolehi dalam sekelip mata..Cuma doa sy..janganlah perkara begini berlaku kepada anak-anak sy dan anak-anak insan yang sy kenali dan sayangi..

Di sini sy ingin berkongsi sedikit doa yang dapat membantu kita dalam mendidik dan melembutkan hati anak-anak..Semoga anak-anak kita beroleh Rahmat dan Hidayah Allah..

(Ayat 200 daripada Surah Al Imran)

Ayat ini bolehlah dibaca sewaktu memasak atau menyediakan makanan dan minuman dan dihembuskan kepada makanan atau minuman tersebut untuk melembutkan hati anak.

 Ayat 30-31 Surah AnNaml

Ayat ini mestilah dibaca dan dihembuskan ke muka seseorang itu secara berdepan. Ini untuk mengatasi anak-anak tidak mendengar kata, tidak menghormati ibu ayah dan sebagainya.

Surah Al-Baqarah Ayat 74

 Ayat ini boleh dibacakan dan dihembus ke dalam minuman dan diberi minum kepada anak untuk melembutkan hatinya.. Insya Allah dengan kehendak Allah semoga usaha kita mendapat keberkatan..

terima kasih : sumber jalankulalui.blogspot.com

Sy cuba mempraktikkan ini selain mengurangkan makan di luar..Encik hubby menggalakkan sy memasak untuk beliau dan Qoid. Selain menjamin kebersihan..orang kata air tangan isteri dan ibu itu lebih byk fadhilatnya...hehe..Betapa hebatnya menjadi isteri dan ibu ini kan..Insya Allah..selagi terdaya..sy akan usahakan..xoxo

17 June 2011

Lunch @ Noodle Station, SACC

Salam u'olls..

Sebenarnya dah lama sy tak kuar lunch ngan opismate sbb sibuk mengganti puasa..Jadi hari ini oleh kerana Cik Emy teringin mau makan chicken chop so sy ikutlah mereka ke SACC Mall, Shah Alam..

Kami tiba di SACC pukul 12.30..sekejap je dr Klang ni..Jalanpun clear..

tempat makan pilihan kami hr ni
shida order I Miss U..hehe..miss sape tu?

Wantan Noodle With Chicken Roll
emy dengan iced cappucino

chicken whole leg with butter sauce
Ct with honey lemon tea

wantan mee curry
sy order sunrise

chicken whole leg with butter sauce


Alhamdulillah..kenyang!
and the amount..

Kami balik ke opis pukul 2.30 petang..dedikasi punya pasal..haha..klu tak pukul 3 pun tak tentu smpi lagi..hihi..lama tak lepak ngan opismate..borak-borak n gosip2..tp dorg sume pemalu (kunun) mau amik gambar..next time oke..xoxo

16 June 2011

Sy Tak Percaya Dia Sudah Besar ;P

Salam u'olls...

Semalam Qoid dah 1 Tahun 4 Bulan..dan hari ini encik hubby bagi portable hard disk yang berisi semua gambar Qoid drpd lahir hingga hari ini..dan yang paling sy terharu tgk was gambar Qoid sewaktu di dalam perut sy..haha..3D pictures..

Bila tgk gambar-gambar ini, sy tidak percaya betapa cepatnya masa berlalu..dah 1 Tahun 4 bulan sy dan encik hubby hidup bersama dengan permata hati pengarang jantung ini..yang dulunya hanya tau merengek dan tersengih..sekarang suda pandai meminta itu ini dan yang penting panggil Ibu dan Ayah.. Anugerah paling istimewa dlm hidup kami..

Lahirnya Qoid Rafif membawa banyak perubahan besar pada kami.. Sejurus selepas Qoid dilahirkan, sy dimaklumkan bahawa pinjaman perumahan kami diluluskan..balik shj drpd PPUM, sy dibawa ke RHB Seksyen 9, Shah Alam untuk menandatangani perjanjian jual beli tu..Thanx to Kak Rusnita Rusli yang sanggup bawa segala bagai dokumen jumpa sy yang tunggu dlm kereta..Kemudian segala urusan perumahan selesai dengan mudahnya dan rezeki kami x pernah putus..Alhamdulillah..

ukur lilit kepala

tulang paha

tulang belakang

haha..kat sini kami tahu boy or girl..memang xtau sorok sejak 1st time tgk..huhu

aliran darah dalam jantung

tulang kaki

kami tgk wajah Qoid buat kali pertama..berlinang airmata sy..Syukur sempurna semuanya

budak comel

besarnya Rahmat dan KurnianNYA

bertaut dengan tali pusat..
Qoid Rafif hari ini..erm...speechless..
senyum sinis

senyum mcm singa..haha

kami dengan permata hati..anugerah tidak ternilai..

Tiada lain harapan sy dan encik hubby..cuma mahu anak ini membesar dengan sihat sempurna..dilindungi Ilahi sentiasa..dan semoga kami dapat memberi dan menunaikan hak dia sebagai anak..Semoga terus menjadi Pemimpin yang Tinggi dan Mulia serta Terulung sayang.. Ibu dan Ayah sayang Qoid!

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...