29 April 2011

Solat Jemaah

Salam u'olls....

Post kali ni mau membongkar sedikit kemusykilan dalam solat jemaah ni...so dr pg tadi sy dok mencari kesahihan dan kepastian berkenaan hal ini...
Sewaktu baru mula mendirikan rumahtangga dulu..adalah seseorang ini menasihati sy betapa berkatnya amalan solat jemaah di rumah..Selain mengeratkan hubungan suami isteri, pahala yang didapati berlipat kali ganda jika dibandingkan dgn solat bersendirian.. Alhamdulillah...sehingga kini..sy dan encik hubby akan menjalankan aktiviti ini bersama sekiranya tiada halangan (misalnya jika encik Qoid tidur awal..hehe)...Rasa tenang mendengar alunan suara encik hubby yang agak garau di tengah keheningan malam...hehe..

Sy pernah melihat dlm suatu drama televisyen yang menyiarkan bahawa si isteri berdiri di sebelah kanan suami sewaktu berjemaah..yang sy dan encik hubby praktikkan adalah..sy berada di sebelah kiri encik hubby..sedikit kebelakang.. Jadi sy jadi musykil tentang perkara ini..

Untuk menghilangkan kemusykilan dan rasa was-was, sy pun Google lah tentang perkara ini..Ini antara yang sy dapat utk dikongsi :

Saf hendaklah mengikut aturannya. Imam mestilah di hadapan makmum dan tidak boleh makmum terkehadapan daripada imam. Makmum lelaki di hadapan dan makmum perempuan di belakang lelaki. Tidak boleh saf perempuan berdiri terlalu jauh daripada saf lelaki yang akhir. Kalau ada 2 orang sahaja untuk berjemaah, makmum hendaklah berdiri di sebelah kanan imam, dekat betul dengan imam sekira-kira jari kelingking kaki kiri makmum bertemu tumit kaki kanan imam. Kalau ada 3 orang, maka 2 orang hendaklah berdiri betul-betul di tengah belakang imam dan jaraknya hendaklah dekat dengan imam kira-kira pada kadar 3 hasta. Begitu juga antara satu saf dengan saf lain di belakangnya. Jika terlalu jauh, maka hilanglah kesempurnaan berjemaah. Namun, ia dikira tetap sah solat.

Jadi jelaslah tidak kira samada sy berada di sebelah kanan atau kiri, sy perlulah berdiri di belakang encik hubby.. Yang penting, kita mencari keredhaanNya dalam setiap perkara..Selamat Beramal..hehe..xoxo


nolynqoid

27 April 2011

Saya mau ganti puasa

Salam u'olls...
kejap je dah masuk bulan April..lebih kurang 3 bulan lagi masuk Ramadhan balik..erm..kejap je kan...sy pun tak sempat-sempat ganti puasa lagi..haha..x sempat ke malas? sendiri mau ingatlah kan..

Sy tinggal puasa banyak juga...tahun 2009 sewaktu mengandungkan Qoid...sy cuma dpt puasa 10 hari sahaja..bukan sbb morning sickness..atau alahan..tp sy mengada tak mau puasa atau dlm erti kata lain..sy risau sy tidak mampu dan risaukan kandungan sy...jadi sy tetap kena ganti puasa dan bayar fidyah..

Sy sudah plan mau ganti secepat mungkin dan buat drpd hr Isnin smpi Khamis..tp ade pendapat yang mengatakan bahawa xleh puasa selain Isnin dan Khamis kan..sebenarnya pendapat ini tidak betul atau kurang tepat...Islam menggalakkan kita berpuasa utk kesihatan dan terdapat hari-hari yang kita digalakkan berpuasa...harap dibetulkan pendapat sy jika salah..

Islam menganjurkan kita berpuasa pada :
  1. Sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram.
  2.  Enam hari di bulan Syawal
  3. Hari pertama Zulhijjah hingga hari ke sembilannya
  4. Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
  5. Sabda Nabi s.a.w.; “Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). Hari terbaik untuk berpuasa tiga hari tersebut ialah hari ke 13, 14 dan 15 pada setiap bulan. Bulan yang dimaksudkan ialah bulan Islam.
  6. Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi.)
  7. Puasa Nabi Daud a.s. bermaksud; puasa sehari dan berbuka sehari dengan mengecualikan hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu dua hari raya dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Dzul-Hijjah)
Terima Kasih : Sumber Sebutir Kasih Sejuta Sayang 
Jadi...jelas utk dr sy bahawa..sy boleh saja ganti puasa bila-bila sy mampu..jadi azam sy mau cepat2 ganti puasa...n tambah puasa sunat..Selamat beramal..hehe...xoxo
nolynqoid

26 April 2011

cahaya yang semakin bersinar

salam u'olls..
semakin hari..masa semakin pantas berlalu...kejap je sudah bulan april...encik qoid pun dah setahun lebih..rasa mcm baru semalam tgk dia berbedung..tp hari ni..sudah pandai berlari...macam tak percaya semuanya berlalu pantas...
semoga cahaya ini akan terus bersinar.. dan menyinari hidup ibu dan ayah..semoga menjadi anak yang soleh..beriman...dan dilindungi Ilahi sentiasa..amin..
xoxo

24 April 2011

kami suka cuti

salam u'olls

post ni mau shared about tmpt percutian menarik yang pernah kami pergi..kami suka cuti n suka sgt mau pegi bercuti..hahaha..tp yang penting tentang cuti2 ni adalah...cuti masih ade n penting fulusnya tidak kurang..jgn sebb nak pegi bercuti...balik cuti..duit takde  n terpaksa tunggu next payout utk survive...kan?

selama berkawan dgn encik hubby..kami tak pernah pegi bercuti...parents tak bagi..:(...haha..pas kawen 1st vacation was our honeymoon... @ cameron highland je..hehe

ms preggie ade gak pegi genting highland tp disebabkan mengandung...x dpt lah mau mencuba aktiviti seronok di sana...

bila encik qoid lahir plak..kami sambut 1st anniversary..g fraser hills...tempat sejuk lagi..haha

lepas fraser hills..kami ke cameron lagi..kali ni sama parents, nenek atuk n family poksu...sambut mother's day @ tanah tinggi..


our family..waktu ini qoid sgt kecil..hihi

next trip was kampung halaman ayah...besut terengganu...ni happening sbb sume ade...mandi laut...mandi sungai...makan the best mee goreng ever n faveret encik hubby...ais jagung...nyum...

seterusnya in the same year...during diwali..trip yang paling jauh was langkawi..bwk mama n adik2 yang tak pernah pegi termasuk sy..happening lagi sbb sume ada...shopping tak byk..byk jalan n we spend quality time together...tu yang susah mau buat kat sini..hehe
n finally as penutup 2010...kami ke PD...1st time g ngan encik hubby, 2nd time pegi sama whole family...2011..mau jalan2 lagi..hehe

yang trip ni qoid enjoy habis mandi pool..kami pun join sama pool budak2 tu..haha
ni trip 2010...trip 2011 dlm perancangan..will update later...so...melanconglah dalam negara..haha..dah abis round 1 malaysia..br blh g oversea kan..heh..until next post..daaa..xoxo

nolynqoid

22 April 2011

Qoid Rafif

salam u'olls

post ini mau share pasal anak bertuah sy yang dah berusia 1 tahun 2 bulan...kejap je suda besar...rasa mcm baru je masuk wad bersalin 4 5 kali dalam tempoh sebulan sbb `false alarm'...tunggu dr bulan safar ke bulan Rabiulawal..rupanya anak bertuah ni mau keluar pd bulan RabiulAwal...heh..

kejadian berlaku dgn keadaan encik hubby yang demam panas malam tu..sy terasa sakit pukul 3 pagi..bgn pegi bilik air buang air kecil n then tetiba poop...ketuban pecah...haha..tidak panic oke...yang panic encik hubby...sy sempat mandi, buat air utk encik hubby yang panic..makan biskut n nescafe buat tambah tenaga...amik beg n documents..n let mama drive hantar ke ppum...encik hubby tetido kat sebelah sbb demam kuat..

smpi ppum...jalan pelan2 naik lif...n check in all by myself to labour room..still berjalan n relax..haha...jwb pertanyaan nurse utk kali yang keberapa ntah...naik atas katil n baring pandang siling...doc dtg n start seluk sana sini...dia offer amik epidural tp sy amat sombong x mau..x smpi setengah jam...sy merayu pd doc utk epidural..hahaha...sakit woo mau bersalin...

dr pukul 6 pagi masuk labour room...hubby..mama n ayah tunggu kat luar ward without knowing everything..erm...birokrasi...n finally @ 3.30 pm...doc decided to send me to OT for ceaser...xde rezeki mau normal..sempatla jumpa hubby, mama n mak...masuk OT, kene bius n bla...bla...bla...lahirlah Qoid Rafif bin Zainol Ariffin pada 15 Februari 2010 tepat jam 4.10 pm...ibu dh tak larat mau buka mata sbb bius telah mengantukkan ibu..yang dpt dgr adalah suara nyaring tak hengat menangis sbb sejuk dimandikan..hahaha
fresh from ibu's tummy..credit to mama..hehe
hari kedua..credit to angah..heh

so...pengalaman menjadi ibu adalah sesuatu yang paling berharga..klu org offer utk ditukar gantipun..sy tidak mahu..so...mayb next post akan jadi tentang encik qoid yang semakin membesar..daaa..xoxo

nolynqoid

mau blogging juga...weee

salam u'olls..

org buat blog sy juga mau blogging..haha...memula terpk..mau tulis ape ye...then mulalah scroll over others' blog eg ctsyarizwa, nasynaim...n tgk they are sharing their entire life...seronok tgk..so i'm decided mau start sharing my life with others plak...encik hubby tolong jgn gelak oke...u ketawakan sy kan...ingat sy tak pandai blogging ke..hahaha

so...rasanya cukup for my one n only 1st post...hopefully pasni blh share yang lain plak... daaa..xoxo

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...