02 December 2016

6 Website Yang Perlu Anda Lawati

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni semua orang Google je nak tau tempat makan,
cari tempat kerja, cari tempat betulkan kereta ke.
Atau jual beli pun guna internet.

Terdapat banyak website atau laman web dalam ruang alam maya ni.
Banyak yang membantu dan memudahkan.
Tapi kalau nak cari yang betul-betul membantu tu pun payah sebab
banyak sgt kan.

Hari ni, Lynda nak share 6 Laman Web/Website yang boleh korang
lawati dan akan membantu sedikit sebanyak urusan korang.

1. Jawatan Kosong

Laman web ini menyediakan pilihan carian kerja di sektor awam.
Ada lebih kurang 10,000 jawatan yang ditawarkan.
Dan ia dispesifikasikan secara terperinci untuk agensi berkaitan.

2.Jawatan Kosong Kerajaan

Laman web ini lebih memfokuskan kepada jawatan kosong dalam sektor
kerajaan.
Semua tau kan kerja di sektor kerajaan lebih terjamin kan.
Terdapat pilihan jawatan untuk pemilik Sijil, Diploma dan Ijazah.
Siapa yang berminat boleh cuba.

3.Kerja Kosong

Laman web ini adalah portal khas untuk majikan dan pencari kerja.
Pihak majikan boleh menggunakan portal ini untuk mengiklankan jawatan
kosong dan mencari calon yang sesuai.

4. SAPS Ibu Bapa

Laman web ini Lynda pernah kongsikan sebelum ini.
Maklumlah, dah ada anak yang sekolah ni, kita kena pantau
pelajaran anak-anak dan laman web ini membantu kita
memantau dan mengenal pasti masalah pembelajaran anak-anak
melalui semakan keputusan peperiksaan mereka.
Ini akan memudahkan Ibu Bapa dan membantu anak-anak mendapatkan
keputusan yang lebih baik.

5. APDM

Laman web ini adalah sebuah portal untuk kegunaan guru dan murid-murid
termasuk Ibu Bapa.
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ini akan digunakan oleh guru untuk
mengisi data-data berkenaan murid-murid seperti data peribadi, kehadiran,
mata pelajaran dan lain-lain. Tapi jangan risau kerana data yang dimasukkan adalah
sulit untuk kegunaan guru-guru dalam memudahkan urusan mereka.

6. HRMIS2

Laman web ini merupakan kegunaan penting bagi penjawat awam dalam urusan kerja,
cuti, pencen dan perkhidmatan.
HRMIS2 adalah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia atau Human Resources
Management Information System.
Segala maklumat perkhidmatan disimpan di dalam HRMIS2 dan akan memudahkan
pelbagai urusan pentadbiran.

Mungkin ada yang korang pernah guna, tapi at least dah tau kan apa yang boleh
membantu korang kalau memerlukan.
Semoga perkongsian ni akan membantu pengguna setia alam maya dalam
mendapatkan maklumat berkaitan dan lebih mudah.
Mungkin kadang kita rasa tak pakai tapi macam Lynda, ada 2 3 laman web
ini amat membantu dan memudahkan.xoxo

Lynda Che Lah

Buat Pasport di UTC Keramat Mall

Assalamualaikum..

Kebetulan Encik Hubby nak kena renew pasport.
Nak travel Sarawak lalu Brunei.
So kena ada pasport la kan.

20 November tu kitorg ada makan-makan
sambut birthday Sham kat rumah mama.
Lepas tu baru teringat pasport tak renew lagi.
Hari Ahad confirmla kena pegi UTC.
UTC je yang ada urusan bagai ni pada hujung minggu.

Kami pernah ke UTC Pudu.
Memula check Imigresen Pelabuhan Klang buka.
So pergila terjah.
Sekali tutup. So maklumat kat Pakcik Google tak betul.

Terus shot pegi UTC Pudu.
Sampai Pudu dalam pukul 3.00 petang.
Tapi panjang gila beratur.
Tapi bila nak amik nombor kata nombor dah abis.
Padahal UTC tutup pukul 10mlm.
Macam awal sgt tutup nombor. 
Bila tanya cakap kuota hari tu dah cukup.
Ye ke tidak taktahulah.
Tapi tak mesra alam la pegawai tu.
So Encik Hubby tanya, abis sy kena juga renew pasport ni.
Dorang suruh pergi UTC Keramat Mall.

Terus lah ke Keramat.
Pusing juga la sebab banyak jalan tutup.
Sampai dengan harapan, masih lah ada nombor dan
kuota tak abis lagi.
Dan syukur, UTC Keramat Mall tak sesesak UTC Pudu.
Aman damai je. Ada je orang tapi memang terkawal.
 
 
 
Tengok je la budak 2 orang tu khayal tengok kartun.
Tapi sebelum tu dah berbelanja kat Kedai 1 Malaysia.
Paling lama tunggu tak sampai 2 jam.

Parking byk. Cuma surau agak menyeramkan.
Gelap dan bilik wudhu tak selenggara.
Tandas agak kotor. Mungkin Ahad takde orang jaga.
Kedai makan banyak.
Nampak mcm tengah upgrade dengan tambahan pasar. 

So lepas ni dah tau mana nak buat segala urusan rasmi untuk
urusan JPN, JPJ, Imigresen pada hari minggu.
Kat Selangor ada kan nak buat.
Bajet 2017 dah bentang. Cuma tak pasti lokasi.

Siapa terdesak atau kesuntukan masa,
boleh ke UTC Keramat. UTC Pudu penuh.
Sekadar pandangan dan cadangan sebab pada kami,
ok la perkhidmatan di UTC Keramat ni.xoxo

Lynda Che Lah